Harian Metro

MASIH BERHINGUS DAH PANDAI LEPAK

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor

 Lima bilah pisau, dadah jenis syabu dirampas

Kuala Lumpur

Baru berusia 10 tahun, namun empat kanak-kanak lelaki sudah pandai melepak dan berpeleser­an di sekitar KLCC, di sini, kononnya untuk menghilang­kan rasa bosan pada malam minggu.

Empat kanak-kanak terbabit yang mendakwa tinggal di Selayang Baru keluar rumah jam 6 petang dengan menaiki kereta api tanpa ditemani penjaga, sebelum dipercayai berkumpul mengikut kumpulan masing-masing antaranya punk, skinhead dan raver.

Bagaimanap­un, keempat-empat kanak-kanak terbabit ditahan di sekitar KLCC dalam Op Khas dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, malam kelmarin.

Operasi yang bermula jam 3 petang dan berakhir tujuh jam kemudian membabitka­n empat pegawai dan 70 anggota berjaya menahan seramai 249 kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 dan 17 tahun yang berpeleser­an di sekitar KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, operasi dibuat susulan aduan dan maklumat mengenai kehadiran kumpulan remaja yang dikatakan mengganggu keselamata­n orang awam terutama pelancong di sekitar kawasan terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n ke atas kumpulan remaja terbabit, pihaknya berjaya merampas lima bilah pisau dan satu buku lima disyaki digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah selain satu biji pil Eramin 5.

“Turut ditemui satu peket dadah disyaki jenis syabu yang dipercayai dibuang remaja terbabit ketika operasi dijalankan.

“Operasi ini akan diperluask­an ke kawasan lain dalam daerah Dang Wangi terutama di Bukit Bintang kerana kawasan itu turut menjadi tumpuan pelancong,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan menyiasat sama ada ada semua kanak-kanak termasuk remaja yang

ditahan itu menganggot­ai kumpulan berideolog­i

punk, skinhead dan raver.

“Operasi ini bertujuan mahu mewujudkan suasana aman apatah lagi dengan temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsun­g minggu depan.

“Saya juga menyeru supaya remaja ini menjaga tingkah laku serta menghormat­i orang lain,” katanya.

Katanya, semua remaja dan kanak-kanak terbabit dibawa ke IPD Dang Wangi bagi tujuan dokumentas­i dan ujian saringan air kencing.

“Semakan akan turut dibuat bagi mengenal pasti sama ada mereka terbabit dengan kegiatan jenayah sebelum diserahkan kepada ibu bapa masing-masing,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN remaja yang ditahan berpeleser­an di sekitar KLCC. BUKU lima dan pisau antara barang yang dirampas ketika serbuan.
KUMPULAN remaja yang ditahan berpeleser­an di sekitar KLCC. BUKU lima dan pisau antara barang yang dirampas ketika serbuan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia