Harian Metro

Kucing RM22,000 bertuah

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

>>Kucing jenis bengal yang dipertandi­ngkan dinilai mengikut muka, corak dan karakter

 Pensyarah berhabis beli baka bengal raih kejuaraan

Saya membelanja­kan kira-kira RM800 sebulan untuk

kucing itu

Faza Fayza

“Saya tak sangka dua kucing jenis bengal yang dibeli dua bulan lalu menang dalam kategori Best Kitten dan

Best Reserve in show dalam pertanding­an ini,” kata Faza Fayza Mohd Fawzy, 32.

Faza Fayza peserta Pertanding­an Kucing Bengal itu berkata, dua kucing bengal berkenaan dibeli pada Mei dan Jun lalu selepas dia menyimpan wang selama lapan tahun.

Dia yang juga pensyarah Fakulti Seni Bina, Perancanga­n dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seri Iskandar, Perak itu berkata, RM22,000 dihabiskan untuk membeli haiwan peliharaan berkenaan dari Russia.

“Saya meminati kucing jenis bengal ini pada 2010 dan sejak itu mula mengumpul wang dan akhirnya impian itu tercapai dan bersyukur mendapat sokongan daripada keluarga dan suami.

“Menarik mengenai kucing bengal ini mereka sangat aktif dan memiliki bentuk badan yang cantik serta corak unik,” katanya yang mempunyai kucing jantan serta betina bernama King Carera dan Beauty Charmeela.

Selain itu, Faza Fayza berkata, dia suka kucing bengal yang nampak liar, tetapi sebenarnya sangat manja.

Katanya, dia membelanja­kan RM800 sebulan untuk kucing itu dan ketika ini masih mengumpul ilmu mengenai cara penjagaan serta karakter haiwan itu.

Empat kategori lain yang dipertandi­ngkan iaitu ‘Best Male’ dimenangi Fadli Abdul Rashad pemilik kucing bengal bernama Katniss Abang Bentara manakala Best Female dan Best Junior diungguli Nashary Mohd Ravi

(Nusantara

Bengal Sensual Seduction dan Nusantara Bengal Wicked Kamara) serta ‘Best Alter’ dimenangi Nor Rianie Md Tahar (Tok Bali Bengal Robert).

Kucing jenis bengal yang dipertandi­ngkan dinilai mengikut muka, corak dan karakter.

Pertanding­an kali pertama di negara ini itu diadili juri dari Australia, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Kelab Bengal Malaysia yang juga penganjur pertanding­an itu, Nashary Mohd Ravi berkata, walaupun kali pertama menganjurk­an pertanding­an itu, sambutan diterima sangat menggalakk­an apabila 62 kucing jenis bengal menyertain­ya.

Beliau berkata, selain bertanding pemilik kucing itu dapat bertukar pandangan serta menimba ilmu baru.

“Kita lihat hari ini (semalam) ramai peminat kucing jenis bengal dan pertanding­an ini juga bertujuan menambah jumlah ahli kelab yang ditubuhkan tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? FAZA Fayza bersama suaminya menunjukka­n trofi yang dimenangi.
FAZA Fayza bersama suaminya menunjukka­n trofi yang dimenangi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia