Harian Metro

Perjuangan palsu

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

 Sesalan Abu Naufal bukti Daish terpesong daripada Islam Pendedahan Abu Naufal seharusnya membuka mata

masyarakat Wan Fariza Alyati

Wan Zakaria

Penyesalan seorang rakyat Malaysia, Abu Naufal yang terpedaya menyertai Daish dan kini terdesak untuk kembali ke tanah air membuktika­n perjuangan militan itu selama ini tidak benar sama sekali.

Pensyarah Jabatan Usuludin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Wan Fariza Alyati Wan Zakaria berkata, pendedahan seorang anggota militan mengenai ‘kisah benar’ di sebalik propaganda Daish itu bukti nyata dan seharusnya dijadikan sebagai iktibar oleh semua pihak.

“Golongan muda di negara ini perlu menjadikan pendedahan Abu Naufal sebagai pengajaran kerana pemuda berkenaan pernah menyertai perjuangan palsu itu dan menyaksika­n sendiri kekejaman yang dilakukan militan terbabit.

“Ia seharusnya membuka mata masyarakat kerana ideologi yang mereka (Daish) sebarkan selama ini hanya propaganda dalam menarik sokongan dan simpati masyarakat Islam antarabang­sa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad, semalam mengenai kekesalan seorang pemuda dikenali sebagai Abu Naufal yang terpedaya hingga sanggup meninggalk­an Malaysia untuk menyertai Daish di Syria. Pemuda dari Pulau Pinang itu dipercayai membakar pasport miliknya dan risau akan dikenakan tindakan jika pulang ke tanah air.

Dia yang kini terperangk­ap di Syria membuat pengakuan itu kepada Panel Pakar Rehabilita­si dan Deradikali­sasi Pusat Kajian Jenayah Rentas Sempadan (UNICRI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam, baru-baru ini.

Abu Naufal bersama beberapa rakyat Malaysia dikatakan menyesal kerana menyertai perjuangan palsu itu kerana apa yang digambarka­n sebelum ini kononnya Daish bersifat Islamik dan sebagainya nyata tidak benar.

Pemuda itu mengaku pernah menyaksika­n sendiri atau melihat video yang dirakam berhubung kekejaman dilakukan anggota militan Daish malah kejadian seperti bunuh, menyembeli­h individu yang tidak sehaluan serta ‘jihad seks’ sememangny­a berlaku dan itu antara rutin perjuangan mereka.

Menurut Wan Fariza, selain dikenakan hukuman serta menjalani program pemulihan, kerajaan juga boleh menjadikan pemuda itu sebagai jurucakap untuk kempen kesedaran mengenai militan Daish seandainya Abu Naufal berjaya pulang ke Malaysia.

“Abu Naufal boleh berkongsi pengalaman­nya sepanjang menyertai Daish dan perkongsia­n maklumat itu penting bagi membendung lebih ramai rakyat Malaysia daripada terpedaya menyertai militan berkenaan.

“Namun, dalam hal ini, masyarakat diminta supaya tidak memandang serong, sebaliknya memberi bantuan serta sokongan yang diperlukan bagi membantu pemuda terbabit kembali ke pangkal jalan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN muka depan Metro Ahad, semalam.
LAPORAN muka depan Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia