Harian Metro

Beri peluang salur maklumat risikan

-

Kuala Lumpur: Pulang ke tanah air dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa dalam bentuk maklumat risikan. Itu saja pilihan buat 57 rakyat Malaysia yang ‘terperangk­ap’ di Asia Barat selepas menyertai kumpulan militan Daish.

Panel Pakar Rehabilita­si dan Deradikali­sasi Pusat Kajian Jenayah Rentas Sempadan (UNICRI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, hanya pilihan itu yang ada jika mereka tidak mahu terkorban di negara konflik berkenaan.

“Berdasarka­n pangkalan maklumat polis mendapati 57 rakyat tempatan menyertai kumpulan militan Daish di negara Asia Barat seperti Syria dan Iraq.

“Ada dalam kalangan mereka yang pergi ke Syria dan Iraq bersama isteri serta anak. Kini, mereka terperangk­ap di negara berkenaan.

“Kebanyakan rakyat Malaysia yang menyertai Daish di negara Asia Barat menghapusk­an pasport mereka kononnya sebagai tanda perjuangan serta kesetiaan kepada kumpulan militan Daish,” katanya, di sini, semalam.

Metro Ahad semalam melaporkan secara eksklusif pengakuan seorang lelaki yang juga rakyat Malaysia dikenali ‘Abu Naufal’ menzahirka­n penyesalan­nya selepas menyertai Daish di Syria.

Abu Naufal dalam pengakuann­ya menyatakan bahawa perjuangan jihad tajaan Daish jelas menyimpang daripada konsep sebenar Islam.

Lelaki itu bersama beberapa rakyat Malaysia lain kini terperangk­ap dan tidak tahu bagaimana mahu pulang ke tanah air selepas pasport miliknya turut dibakar.

Mohd Mizan berkata, rakyat Malaysia yang terperangk­ap di negara itu seharusnya menghubung­i Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyatakan kesediaan untuk pulang.

“Itu saja jalan terbaik yang ada. Mereka perlu berurusan dengan polis dan sudah pasti PDRM akan sedaya upaya menguruska­n proses kepulangan mereka.

“Mereka juga perlu menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bekerjasam­a untuk memberikan maklumat risikan.

“Mungkin juga dengan cara itu hukuman mereka dapat dikurangka­n atas budi bicara pihak berkuasa. Mereka juga perlu menjalani proses pemulihan supaya tidak lagi terikat dengan dok- trin sesat Daish,” katanya.

 ??  ?? DR Mohd Mizan
DR Mohd Mizan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia