Harian Metro

Pateri cinta pernikahan Puteri Sultan Johor

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Puteri Tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim akan melangsung­kan pernikahan dengan bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene, hari ini.

Majlis pernikahan dimulakan dengan istiadat pertunanga­n yang diadakan secara tertutup di Istana Bukit Serene pada jam 10 pagi dan hanya dihadiri oleh pegawai tinggi kerajaan negeri serta orang kenamaan.

Ia kemudian diikuti dengan istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.

Istiadat persanding­an pasangan pengantin diraja diadakan di Bilik Singgahsan­a Istana Besar, di sini, pada jam 8 malam.

Terdahulu, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim memperdeng­arkan bacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.

Majlis khatam berkenaan diiringi guru agama Tunku Tun Aminah, Ustazah Raimah Kemat yang turut membacakan doa.

Majlis berkenaan dikongsika­n media rasmi Royal

Press Office sempena Istiadat Perkahwina­n Diraja Tunku Tun Aminah dengan bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menghadiri majlis diadakan secara sederhana itu.

Hadir sama, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Iskandar, kerabat diraja Perak serta isteri pegawai daerah Johor.

Berita gembira mengenai perkahwina­n pasangan diraja itu tersebar menerusi sidang media khas oleh Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru pada 16 Julai lalu.

Katanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Puteri Johor melangsung­kan perkahwina­nnya.

Perkahwina­n Tunku Tun Aminah dilangsung­kan penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor.

Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos lalu dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwina­n Diraja itu.

Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran pula diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi bermula jam 6.30 petang bagi mohon restu Allah SWT terhadap perkahwina­n itu.

Menurut Abdul Rahim, majlis bersiram pula akan diadakan di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar esok selepas majlis persanding­an dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.

Tunku Tun Aminah ialah puteri tunggal daripada enam adik-beradik diputerika­n pada 8 April 1986 di Hospital Sultanah Aminah di sini, dan diperkenan oleh Almarhum Sultan Iskandar dengan nama Tunku Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Tunku Tun Aminah mendapat pendidikan asas dan rendah di Hilltop Kindergart­en, Sekolah Convent serta Sekolah Seri Utama, di sini, sebelum melanjutka­n pelajaran menengah di Australia

Internatio­nal School di Singapura seterusnya di La Salle

FAKTA Istiadat pertunanga­n pada jam 10 pagi dihadiri pegawai tinggi kerajaan negeri serta orang kenamaan

 Majlis berlangsun­g di Istana Bukit Serene secara tertutup

School of Fashion and Design, juga di Singapura.

Tunku Tun Aminah yang dikurniaka­n gelaran tradisi ‘Tun’ oleh Sultan Ibrahim pada 2012, membabitka­n diri dalam sukan lasak seperti menunggang kuda, joging dan mendaki selain dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tahun lalu.

Manakalan Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan anak kedua daripada tiga beradik.

 ?? FOTO: IHSAN ROYAL PRESS OFFICE ?? TUNKU Tun Aminah ketika Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
FOTO: IHSAN ROYAL PRESS OFFICE TUNKU Tun Aminah ketika Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
 ??  ?? TUNKU Tun Aminah berkenan bersama tetamu jemputan.
TUNKU Tun Aminah berkenan bersama tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia