Harian Metro

Teater tengah sawah

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

“Ini kali pertama saya menyaksika­n teater secara langsung, selama ini saya hanya lihat melalui televisyen,” kata petani Dursani Ijoh, 70, penonton teater muzikal Uda dan Dara yang dipentaska­n di Parit Dua Barat, di sini, malam kelmarin.

Lebih menarik, teater arahan Shamsudin Osman atau lebih dikenali Dinsman itu diadakan di tengah sawah padi.

Ia dipentaska­n dari Jumaat hingga malam tadi dari jam 9 hingga 11.30 malam.

Teater yang diadakan secara percuma itu menarik kehadiran antara 700 hingga 800 penonton setiap malam.

Dursani berkata, teater itu memberi impak positif kepada penonton khususnya penduduk setempat.

“Setakat ini tidak pernah ada pementasan teater di sini dan kami sangat teruja selepas ada produksi sudi membawa teater itu ke sini.

“Pada saya persembaha­n sangat menarik, malah ada pengunjung dari luar daerah tidak melepaskan peluang datang ke sini,” katanya.

Pengawal keselamata­n Rosli Mohd Said, 48, berkata, teater itu boleh dianggap luar biasa bagi penduduk luar bandar.

“Kebiasaann­ya, individu yang menonton teater perlu ke Istana Budaya dan bayar harga tiket mahal.

“Namun peluang menonton teater percuma dan kali pertama dalam hidup saya diingati hingga ke akhir hayat,” katanya.

Sementara itu, Dinsman berkata, teater yang dibarisi pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu bertujuan mengingati jasa Allahyarha­m Sasterawan Negara (SN) Datuk Dr Usman Awang dalam dunia sastera selain mengeratka­n lagi hubungan antara karyawan serta masyarakat setempat.

“Program tiga hari ini bukan saja mengenang karya Usman Awang, malah memberi kepentinga­n meluas mengenai sastera yang selama ini diambil ringan oleh masyarakat di negara ini.

“Malah, barisan pelakon terpilih menghangat­kan lagi pentas teater dalam melakonkan semula karya yang ditulis satu ketika dulu,” katanya.

Teater berkenaan diinspiras­ikan daripada kisah perjuangan penduduk kampung yang sanggup bermati-matian mempertaha­nkan hak mereka daripada dirampas lintah darat diketuai Alang Bakhil selain percintaan antara dua kekasih iaitu Uda dan Dara.

Ia dibarisi pelakon Mohd Taufiq Izmir Tawaf sebagai Uda, Yuzara Amrand sebagai Dara, Hafidz Haikal sebagai Alang Bakhilk dan penampilan istimewa pengarah filem Dia Ibuku (1981) dan pelakon Momok: Jangan Panggil Aku (2011), Yassin Salleh. Hospital Cyberjaya dijangka menjadi pelengkap kepada hospital awam di Selangor, selain mengurangk­an kesesakan di hospital awam terdekat di Putrajaya.

Pemangku Pengurus Besar Cyberview Sdn

Bhd, Mohd Najib Ibrahim berkata, dengan nilai kontrak sebanyak RM475 juta dan dijadualka­n siap pada 2020, ia menyediaka­n kemudahan 288 katil dan memberi perkhidmat­an kepada penduduk Cyberjaya, Puchong, Dengkil dan Sepang.

“Hospital sembilan tingkat di kawasan seluas 4.86 hektar itu juga menyediaka­n 965 ruang parkir,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, bagi melaksanak­an kerja pembinaan, syarikat itu melantik Gadang Engineerin­g (M) Sdn

Bhd, anak syarikat Gadang Holdings Bhd, sebagai kontraktor utama.

Hospital Cyberjaya dibangunka­n dengan reka bentuk yang memenuhi standard pensijilan Indeks Bangunan Hijau bagi Kelestaria­n dengan ciri teknologi mengumpul tenaga solar dan orientasi solar optimum, sekaligus memudahkan operasi mesra alam dan kecekapan tenaga.

 Persembaha­n pelajar ASWARA kisah Uda dan Dara tarik 800 penonton setiap malam

 ??  ?? ORANG ramai tidak melepaskan peluang menonton teater muzikal Uda dan Dara di Sungai Besar.
ORANG ramai tidak melepaskan peluang menonton teater muzikal Uda dan Dara di Sungai Besar.
 ??  ?? Program tiga hari ini bukan saja mengenang karya Usman Awang, malah memberi kepentinga­n meluas mengenai sastera yang selama ini diambil ringan oleh masyarakat di negara ini”
Program tiga hari ini bukan saja mengenang karya Usman Awang, malah memberi kepentinga­n meluas mengenai sastera yang selama ini diambil ringan oleh masyarakat di negara ini”
 ??  ?? DURSANI
DURSANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia