Harian Metro

Gegaran tempias gempa bumi di Sumatera

-

Johor Bahru: Gempa bumi pada 6.4 skala Richter di selatan Sumatera, Indonesia yang dilaporkan berlaku pagi semalam dipercayai turut menyebabka­n orang ramai di Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Menara Kastam Johor masing-masing di Bandar Baru Uda dan Larkin, di sini, merasai gegarannya.

Dua bangunan tinggi itu merasai gegaran lima saat selepas dilaporkan berlaku gempa bumi di negara jiran itu, jam 11.08 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung gegaran di bangunan berkenaan jam 11.23 pagi.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru menghantar respons ke Menara Kastam Johor di Larkin manakala BBP Tebrau ke Menara LHDN di Bandar Baru Uda di sini.

“Pihak bomba hanya menjalanka­n operasi mengosongk­an bangunan dan tiada mangsa dilaporkan,” katanya.

Kenyataan media dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i Malaysia (JMM) memaklumka­n mengenai gempa bumi kuat itu yang berlaku di koordinat 4.0 selatan dan 101.4 timur di selatan Sumatera, Indonesia iaitu pada jarak 78 kilometer dari barat daya Bengkulu, Indonesia.

Namun, kedudukan itu juga 363 kilometer dari barat daya Pontian, Johor.

Bagaimanap­un, JMM berkata, hasil penilaian, tiada ancaman tsunami.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru Kapten (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, sepasukan APM turut digerakkan ke Menara LHDN untuk tindakan lanjut selepas menerima panggilan jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, ketika itu orang ramai dan kakitangan LHDN sudah mengosongk­an bangunan berkenaan. Bagaimanap­un, dilaporkan dua individu memerlukan bantuan selepas mengadu sakit.

“Seorang kakitangan wanita LHDN dirawat anggota APM akibat sakit belakang dan seorang lelaki dewasa mengadu sakit dada.

“Kedua-dua mereka dibantu dan dihantar ke klinik panel LHDN,” katanya.

Menurutnya, bangunan berkenaan disahkan selamat oleh pihak bomba pada jam 12.45 tengah hari.

 ??  ?? ORANG ramai berkumpul di luar bangunan LHDN.
ORANG ramai berkumpul di luar bangunan LHDN.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia