Harian Metro

Laluan hidayah

-

 Penduduk tempatan berfikiran terbuka dan tiada istilah Islamofobi­a

Secara purata seorang daripada penduduk New Zealand kembali kepada fitrah dengan memeluk Islam setiap bulan di beberapa masjid di negara itu.

Setiausaha Majlis Ulama New Zealand Mohammed Patel berkata, perkembang­an positif itu hasil usaha semua pihak yang melakukan pelbagai aktiviti dakwah jalanan, selain kerjasama masyarakat Islam di sekitar yang menunjukka­n sikap sebenar umat Islam.

“Ini berita yang menggembir­akan. Walaupun kami kumpulan minoriti di New Zealand iaitu hampir 55,000 daripada lima juta penduduk, tetapi kami sangat bersatu.

“Majlis Ulama New Zealand sudah mengislamk­an hampir 15 hingga 20 penduduk sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau yang juga Imam Masjid E Umar Auckland berkata, penduduk tempatan sudah didedahkan dengan Islam sejak zaman dulu dan tiada masalah mengamalka­n ajaran itu tanpa batasan.

“Mereka sangat terbuka menerima kami dan tiada istilah Islamofobi­a di negara ini.

“Alhamdulil­lah semuanya berjalan lancar malah kami kerap mengimarah­kan masjid dengan pelbagai aktiviti dan menjemput penduduk tempatan mengenali Islam,” katanya.

Beliau yang berasal dari India berkata, dia bertuah kerana diberi peluang berkhidmat di negara orang sebagai imam dan khatib selama 15 tahun di masjid itu.

“Mereka sangat terbuka mengenai Islam. Sebelum ini, ada sekumpulan 90 pelajar bukan Islam datang ke masjid ini untuk mendapat penjelasan mengenai Islam sama ada agama suci ini mengajar keganasan katanya.

Menurutnya, dia senang dengan kunjungan hampir 45 minit itu dan dapat bertukar pandangan dan menerangka­n Islam tidak menyokong dan bersetuju dengan keganasan.

“Kami juga berusaha menyiapkan terjemahan al-Quran

seperti Daish,” dalam bahasa Maori bagi kegunaan penduduk tempatan.

“Ia perlu sebagai langkah awal dakwah bagi menghampir­i masyarakat tempatan mengenali lebih dekat mengenai Islam,” katanya.

Dia yang juga penasihat agama berkata, Masjid E Umar dulunya adalah sebuah gereja yang dibeli dengan harga jutaan dolar daripada beberapa pihak.

“Berdasarka­n sejarah sebelum ini, beberapa penduduk Islam terpaksa mengetuk pintu ke pintu rumah orang Islam untuk mengutip derma bagi membayar separuh harga gereja berkenaan.

“Disebabkan itu, saya sangat menyayangi masjid ini kerana orang Islam terdahulu bergolok-gadai untuk memiliki rumah Allah ini. Mereka sanggup bersengkan­g mata mencari dana untuk membeli masjid ini daripada pihak tertentu,” katanya.

Mohammed berkata, dia juga tertarik dengan usaha dilakukan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dalam mencari dana membantu membangunk­an Kompleks Masjid Al-Quddus.

“Saya berdoa semoga usaha murni ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan impian masyarakat Islam di Taupo untuk memiliki masjid tercapai,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Muslim Care iaitu Maybank 5644904138­82, Bank Islam 1401401014­7470 dan Bank Muamalat 1401000765­4717.

 ??  ?? MASJID E Umar Auckland.
MASJID E Umar Auckland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia