Harian Metro

Minta JAS sita kilang haram

-

Georgetown: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyita kilang memproses habuk kayu yang dikatakan beroperasi secara haram sejak 10 tahun lalu di Kampung Sungai Lembu, Penanti, Bukit Mertajam.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, tindakan itu susulan syor dikeluarka­n pihaknya kepada JAS ketika melakukan serbuan bersepadu terhadap kilang terbabit, Khamis lalu.

“Saya difahamkan, JAS Pulau Pinang sudah dimaklumka­n mengenai perkara itu hari ini (semalam) dan mereka akan mengambil tindakan lanjut.

“Bagaimanap­un, kita tidak dapat memaklumka­n semua perincian mengenai isu ini kerana perbincang­an mengenainy­a masih dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh dan dua beranak yang juga pengarah dan pengurus sebuah kilang habuk kayu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan sebelum ketiga-tiganya direman lima hari bagi membantu siasatan.

Azam berkata, pihaknya akan memanggil Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Dr Norlela Arifin dan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) Rozali Mohamud untuk proses rakaman percakapan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, ia bagi membantu melengkapk­an siasatan terhadap kilang haram terbabit kerana Guan Eng dan Dr Norlela didapati ada mengeluark­an beberapa kenyataan berhubung operasi premis terbabit sebelum ini.

Setar: Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, menolak permohonan semakan bagi membatalka­n tempoh reman lima hari ke atas Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh yang dikeluarka­n Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.

Phee direman bagi membantu siasatan operasi sebuah kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti.

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas mempertimb­angkan hujah Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam bela.

Hashim berkata, selepas melakukan pertimbang­an dan mendengar hujah, permohonan terbabit sepatutnya difailkan di Pulau Pinang.

“Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, saya berpendapa­t bahawa permohonan ini sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai forum yang sesuai untuk mendengar permohonan ini,” katanya.

Peguam Phee berpendapa­t, keputusan reman yang dibuat Timbalan Pendaftar Mahkamah Georgetown, Ameera Mastura Khamis tidak teratur dan tidak sah kerana keputusan dibuat tanpa mendengar hujah peguam yang mewakili Phee, pengarah dan pengurus kilang terbabit.

 ??  ?? PHEE (tengah) dibawa ke Pusat Khidmat Sungai Putu untuk membantu siasatan.
PHEE (tengah) dibawa ke Pusat Khidmat Sungai Putu untuk membantu siasatan.
 ??  ?? AZAM
AZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia