Harian Metro

Pakar gaya bebas

- Aizat Sharif mohd.aizat @mediaprima.com.my

 Rezeki anak muda juara seni timang bola bakal buat pertunjuka­n ke London

Selepas mengharumk­an nama Malaysia tatkala bergelar juara Pertanding­an Persembaha­n Seni Dunia 2016 di Hollywood, Amerika Syarikat tahun lalu, rezeki pakar seni menimang bola gaya bebas, Nik Khairul Anuar Iskandar, 21, semakin mencurah.

Nik Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai

kini dijemput oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Islamic Relief Malaysia (IRM) menerusi jaringanny­a, Volpe di United Kingdom (UK) mewakili negara membuat pertunjuka­n di sana.

Menurutnya, jemputan itu dibuat

NGO berkenaan selepas teruja melihat persembaha­nnya menimang bola gaya bebas di sebuah rumah anak yatim di Arau, Perlis pada Januari lalu.

“Pada masa tu, saya tak tahu pun mengenai jemputan berkenaan cuma selepas melakukan persembaha­n itu, ada wakil IRM yang turut berada di rumah anak yatim itu berjumpa saya dan menawarkan untuk membuat persembaha­n di UK.

“Saya agak teruja dengan tawaran itu dan

pada 22 Julai lalu, IRM sekali lagi menjemput saya untuk membuat persembaha­n sempena Rumah Terbuka Aidilfitri IRM di sebuah hotel di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Persembaha­n di Nibong Tebal itu dijadikan oleh IRM yang mungkin tidak pernah melihat persembaha­n saya selama ini,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, di sini.

Katanya, selepas persembaha­n itu, dia sekali lagi ditawarkan oleh IRM untuk membuat persembaha­n berkenaan di London.

“Namun segala maklumat mengenai acara di sana masih lagi belum dapat dipastikan lagi oleh IRM, cuma persembaha­n itu dijangka dilakukan pada jangka masa terdekat sama ada bulan ini atau pada September nanti.

“Jika dulu, perasaan saya satu saja iaitu nak menang sambil mengharumk­an nama Malaysia namun untuk kali ini ia sekadar pertunjuka­n namun perasaan teruja untuk membuat persembaha­n itu tetap ada,” katanya.

Menurutnya, untuk persembaha­n di London nanti, dia kini mencuba pelbagai teknik dan idea baru bagi memastikan persembaha­nya dapat menarik perhatian khalayak.

“Persediaan sudah pun ada daripada pelbagai aspek termasuk lagu yang dimainkan dan juga aksi pentas yang bakal dilakukan nanti.

“Seni menimang bola gaya bebas ini tidak sangat menekankan masa atau jumlah timangan bola yang dilakukan, tetapi lebih kepada gaya

serta kemahiran dalam menimang bola berkenaan dalam memastikan ia benar menarik perhatian penonton.

“Malah pemilihan lagu dan rentak lagu itu juga memainkan peranan dalam persembaha­n agar persembaha­n kita dapat sekata dan terbaik dengan lagu yang dipilih,” katanya. Nik Khairul Anuar berkata, rekod menimang bola paling lama pernah dilakukann­ya adalah dua jam iaitu ketika dia berusia 10 tahun. “Dulu, saya tidak mempunyai kemahiran gaya bebas seperti sekarang, tetapi lebih kepada ‘kegilaan’ saya dalam menimang bola jadi saya berjaya lakukannya selama dua jam sehingga diiktiraf oleh

katanya.

 ??  ?? NIK menunjukka­n salah satu gaya menimang bola.
NIK menunjukka­n salah satu gaya menimang bola.
 ??  ?? NIK menunjukka­n sijil dan medal yang dimenangi di Hollywood tahun lepas.
NIK menunjukka­n sijil dan medal yang dimenangi di Hollywood tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia