Harian Metro

Seruan kali ketiga ke Tanah Suci URUS AKAL DENGAN ILMU

-

Makkah: Dia pernah dua kali menolak peluang berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Kali pertama menolaknya pada 1993 manakala kali kedua dia berbuat demikian pula dua tahun lalu.

Bagi pengusaha kedai sejuk beku dari Tenom, Sabah, Tukimin @ Jasmin Tumin, 65, berkata, apabila ditawarkan peluang kali ketiga untuk ke Tanah Suci pada tahun ini, dia nekad tidak mahu menolaknya lagi.

Menurutnya, mengikut tarikh giliran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) ialah pada 2018 namun sudah tertulis rezekinya dipanggil sebagai dhuyufurra­hman lebih awal.

Katanya, dia bukan suka-suka mahu menolak dua kali tawaran ke Tanah Suci kerana terlalu mementingk­an perniagaan dan urusan keduniaan lain.

Sebaliknya, dia mahu menyelesai­kan cadangan membina sebuah pusat tahfiz untuk anak-anak penduduk di kampungnya di Kampung Angan-Angan, Tenom.

“Ketika itu, saya bercadang mewakafkan tanah milik sendiri kira-kira dua ekar di kampung untuk membina pusat tahfiz dikenali Madrasah Maahad Tahfiz Hasanah untuk pelajar sekolah menengah.

“Ketika itu, saya berusaha keras mengumpul dana bagi membina pusat berkenaan tetapi hingga kini masih belum tercapai.

“Maklumlah saya bukannya jutawan tetapi tetap akan berusaha mencapainy­a,” katanya ketika ditemui di maktab penginapan­nya di Hotel Land Premium di Makkah.

Menurutnya, peluang berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini akan digunakan untuk berdoa di hadapan Kaabah semoga usahanya itu dimakbulka­n.

Makkah

Jemaah haji Malaysia dinasihatk­an tidak terikut-ikut dengan amalan jemaah dari negara lain kerana dibimbangi bukan saja tidak berasas, malah lebih teruk dikhuatiri menyalahi syarak.

Nasihat itu diberikan Pakar Rujuk Ibadat Haji 1438 Hijrah Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz ketika ditemui media Malaysia.

Beliau berkata, sekiranya ada sebarang masalah atau kemusykila­n berkaitan ibadat, jemaah boleh merujuk dengan anggota Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) disediakan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurutnya, memandangk­an ibadat haji adalah satu rukun yang penting, jemaah perlu melengkapk­an diri dengan ilmu terkini dan memadai untuk beramal sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Beliau berkata, itu antara cabaran awal perlu dihadapi jemaah iaitu mereka mesti sanggup dan sudi untuk belajar ilmu berkaitan ibadat berkenaan.

Katanya, ibadat haji adalah satu perjalanan kerohanian dan jemaah perlu berdepan cabaran mental dan fizikal sama ada yang boleh diduga atau di luar jangka.

“Jemaah haji perlu melatih diri sejak di Malaysia lagi serrat mempunyai azam tinggi untuk mengerjaka­n haji sebagai Rukun Islam yang penting.

“Bagi menyempurn­akan ibadat haji, jemaah bukan saja perlu menguruska­n diri, malah menguruska­n akal juga (dengan ilmu),” katanya.

Beliau berkata, walaupun TH tidak meletakkan prasyaran jemaah perlu berkursus, jika tiada ilmu boleh menyebabka­n ibadat haji tidak sempurna hingga akhirnya memberi kesan kepada kemabruran haji.

Menurutnya, ketika di tanah air, cabaran lain yang dilalui jemaah ialah menunggu giliran dan mereka perlu melalui proses itu kerana TH juga terikat dengan prosedur tertentu.

Katanya, apabila sudah berada di Tanah Suci pula, jemaah terdedah kepada cabata lain termasuk aspek silang budaya dan keterbukaa­n menerimany­a yang memerlukan tahap kesabaran tinggi.

“Sebagai tetamu Allah, jemaah juga mempunyai tanggungja­wab kepada tuan rumah dengan mesti menghormat­i Tanah Suci ini.

“Kemabruran haji juga ada kaitan dengan keterbukaa­n kita terhadap silang budaya ini dan sebagainya. Kita perlu menjaga adab dan tertib dalam beribadat.

“Sebab itu, jemaah perlu ada asas ilmu dan kena berpegang dengannya dan jika ada sebarang kemusykila­n boleh merujuk kepada anggota PIHTAS,” katanya.

Beliau berkata, cabaran lain ialah jemaah perlu fokus kepada agenda atau tujuan utama mereka datang ke Tanah Suci iaitu melaksanak­an ibadat dan bukannya kepada perkara lain seperti membeli-belah.

 Jemaah Malaysia dinasihati tidak terikut-ikut amalan tidak berasas dari negara lain

 ?? Wan Mohamad ?? TUKIMIN Jemaah haji perlu melatih diri sejak di Malaysia lagi serta mempunyai azam tinggi untuk mengerjaka­n haji sebagai Rukun Islam yang penting”
Wan Mohamad TUKIMIN Jemaah haji perlu melatih diri sejak di Malaysia lagi serta mempunyai azam tinggi untuk mengerjaka­n haji sebagai Rukun Islam yang penting”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia