Harian Metro

Simpan wang kutu di TH

-

Kelana Jaya: Penantian selama 10 tahun membuahkan hasil buat Warjati Wahid, 62, dari Kampung Pasir, Johor Bahru, selepas menerima surat panggilan daripada Tabung Haji (TH).

Dia yang mula mendaftar pada 2007 beranggapa­n mungkin mengambil masa lebih lama untuk ke Tanah Suci.

“Saya tidak menyangka dapat tunaikan haji tahun ini sedangkan ramai yang kata akan mengambil masa yang begitu lama.

“Umur pula semakin meningkat tentu lebih sukar untuk orang seperti saya bergerak cergas,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, semalam.

Menurut Warjati, sabar dan berkat doa membolehka­n dia melakukan Rukun Islam kelima tahun ini.

“Saya dulu berniaga untuk membesarka­n enam anak.

“Meskipun perniagaan yang saya jalankan tidaklah besar namun ia tidak mematahkan semangat untuk saya berjimat cermat.

“Semasa berniaga juga saya bersama rakan-rakan suka menyimpan wang mengikut sistem giliran. Orang kata main duit kutu.

“Hasil wang kutu sebanyak RM2,000 saya simpan terus ke dalam akaun TH.

“Apabila anak-anak sudah besar, mereka tidak pernah lupa memberi kami duit belanja setiap bulan dan wang itu juga saya masukkan ke dalam akaun sebagai persediaan menunaikan haji.

“Tetapi, saya agak sedih kerana pemergian saya ini tidak ditemani suami tercinta.

“Namun apabila mengenangk­an ia adalah seruan utama, saya bertawakal, reda dan berharap kami akan dapat pergi buat haji bersama-sama nanti,” katanya di sisi suami yang lebih banyak diam dan hanya tersenyum ketika menghantar Warjati di sana. Kelana Jaya: Umurnya sudah mencapai 73 tahun namun Anduto Sangkok kelihatan sihat dan masih bertenaga untuk mengerjaka­n ibadat haji tahun ini.

Bekas nelayan yang berasal dari Kampung Pulau Lebaran di Sandakan, Sabah tidak menyangka tahun ini adalah rezekinya sebagai tetamu Allah di Tanah Suci.

“Sejak berumur 12 tahun saya bekerja sebagai nelayan sebelum dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kampung kami sejak 10 tahun yang lalu,” katanya.

Meskipun mengambil masa lama, dia berdikit-dikit menyimpan wang jualan sebagai nelayan selain elaun yang diterima sebagai pengerusi kampung malah turut dibantu anak-anaknya seramai 13 orang hingga hajatnya menunai haji tercapai.

Anduto yang mempunyai 30 cucu ditemani anak buahnya Elias Salleh, 67, yang berasal dari Kampung Sungai Monyet, Sandakan.

 ??  ?? ELIAS (kiri) berpeluang mengerjaka­n ibadat haji bersama bapa saudaranya Anduto.
ELIAS (kiri) berpeluang mengerjaka­n ibadat haji bersama bapa saudaranya Anduto.
 ??  ?? WARJATI ditemani suami dan anak-anaknya di Kelana Jaya sebelum berangkat menunaikan haji.
WARJATI ditemani suami dan anak-anaknya di Kelana Jaya sebelum berangkat menunaikan haji.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia