Harian Metro

Wanita ghaib lepas keluar rumah

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Shah Alam: Wanita berusia 28 tahun dilaporkan hilang oleh ahli keluargany­a selepas tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, Lili Md Hishamddin dikatakan keluar rumahnya di Jalan Tebing, Seksyen 8, jam 3.30 petang.

“Kali terakhir wanita berkenaan dilihat menaiki kereta Proton Iriz putih ke pusat kafe siber di Seksyen 2.

“Namun mangsa sehingga kini dikatakan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluargany­a,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan mangsa kini giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i balai polis berhampira­n,” katanya.

Berkongsi pentas yang sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta berdepan puluhan rakan wartawan serta jurugambar pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Kembara Srikandi Prihatin (KSP) Rabu lalu menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Meskipun hanya 10 minit berada di pentas yang sama dengan pemimpin nombor satu negara itu, ia memberi signifikan tersendiri kepada saya dan rakan sepasukan.

Dalam pertemuan singkat itu, Najib tidak ketinggala­n mengucapka­n selamat maju jaya dan meminta kami supaya sentiasa menjaga keselamata­n diri sepanjang misi KSP, menawan puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus, Russia sempena Hari Kebangsaan ke-60 kali ini.

Ia dianjurkan Persatuan Kembara Negara (PKN) dan juga satu program Negaraku di bawah Pejabat Perdana Menteri selain itu ia turut mendapat sokongan Pergerakan Puteri UMNO manakala akhbar Harian Metro sebagai media rasmi.

Misi berkenaan disertai enam wanita daripada pelbagai latar belakang iaitu saya, pendaki berpengala­man Fazilah Abd Manan, bekas pesakit kanser Renee Aziz Ahmad, guru matematik, Nir Azmin Adnan; eksekutif projek, Nurul Huda Shamsuddin, penulis dan penyelidik yang juga Pengarah

 ??  ?? PASUKAN KSP sedia menawan Gunung Elbrus, Russia sempena Hari Kebangsaan ke-60 kali ini.
PASUKAN KSP sedia menawan Gunung Elbrus, Russia sempena Hari Kebangsaan ke-60 kali ini.
 ??  ?? LILI
LILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia