Harian Metro

Kempunan berbulan madu

-

Bukit Mertajam: Seorang suami berusia 30 tahun bukan saja menderita menghidap kencing manis, malah kempunan tidak dapat berbulan madu bersama isteri selepas kaki kanannya dipotong sebulan selepas mereka melangsung­kan perkahwina­n.

Megat Azri Megat Ibrahim berkata, dia dan isteri Nurul Akma Kamaruddin, 31, melangsung­kan perkahwina­n mereka pada Jun tahun lalu dan sehingga kini belum dikurniaka­n zuriat.

Dia berkata, sebelum kaki kanannya kudung, satu jari kaki kanannya sudah dipotong ketika menaiki pelamin dalam majlis perkahwina­nnya.

“Selain menghidap kencing manis sejak berusia 12 tahun, saya turut menghidap hepatitis C iaitu jangkitan kuman di hati, sekali gus kuman itu merebak ke bahagian kaki yang luka itu.

“Kaki kanan terpaksa dipotong dari paras atas lutut di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada hujung Julai tahun lalu namun kesan itu membuatkan penglihata­n mata saya seakan buta iaitu rosak hampir 90 peratus,” katanya yang tinggal di Apartmen Permata, Bandar Perda, di sini.

Megat Azri berkata, dia bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila turut mengalami masalah paru-paru berair dan mengalami masalah membuang air besar apabila usus pembuangan najisnya mengecil serta mengalami masalah kencing kerap.

Menurutnya, akibat kompilasi penyakit dihidapi itu, dia kini hanya mampu bergerak di dalam rumah menggunaka­n kerusi roda selain terpaksa mengharapk­an bantuan isterinya untuk mencari rezeki.

“Saya hanya makan di awal pagi selepas isteri, Nurul Akma menyediaka­n sarapan sebelum dia keluar bekerja kilang dan ada kalanya waktu makan tengah hari terpaksa diabaikan disebabkan mata saya tidak dapat melihat, sekali gus sukar melakukan sebarang aktiviti di dalam rumah.

“Bekas berisi biskut, kopi atau lain-lain makanan sudah diletakkan di atas meja supaya senang saya capai jika berasa lapar, mujurlah ada jiran prihatin memberikan makanan tengah hari sebelum isteri saya pulang dari kerja untuk menyediaka­n makan malam,” katanya.

Mereka yang ingin meringanka­n bebanan Megat Azri boleh menyumbang ke dalam akaun Maybank (1623117122­07) atas nama isterinya, Nurul Akma Kamaruddin atau menghubung­inya di talian 019-5097512.

 ?? Megat Azri Megat Ibrahim ?? Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila turut mengalami masalah paru-paru berair” MEGAT Azri kudung apabila kaki kanan dipotong selepas sebulan berkahwin.
Megat Azri Megat Ibrahim Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila turut mengalami masalah paru-paru berair” MEGAT Azri kudung apabila kaki kanan dipotong selepas sebulan berkahwin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia