Harian Metro

6 srikandi hebat

-

Pasukan KSP sedia tawan puncak tertinggi Eropah

Program Ummu Farah Haidar Zulkifli (Myra).

Dipilih sebagai seorang daripada enam pendaki merangkap satu-satunya media yang akan membuat liputan sepanjang ekspedisi itu adalah satu penghargaa­n besar ertinya dan tidak pernah saya mimpikan.

Biarpun ada yang tidak yakin dengan kemampuan saya untuk mendaki gunung yang juga antara tujuh puncak tertinggi dunia itu namun saya yakin, selepas melakukan pelbagai latihan dan persiapan, pengakhira­nnya hanya ditentukan Yang Maha Esa.

Begitupun, pemilihan itu bukan hadir dengan mudah seperti tugasan luar negara lain kerana saya perlu menjalani puluhan latihan intensif termasuk mendaki Gunung Kinabalu, Gunung Telapak Buruk-Berembun, Gunung Angsi, Gunung Datuk serta Gunung Brinchang sejak Disember lalu bersama rakan pendaki.

Kami juga perlu menjalani latihan kecergasan setiap Isnin jam 8 malam secara giliran di beberapa lokasi iaitu Institut Sukan Negara, Putrajaya dan Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dengan bantuan ramai pendaki lelaki berpengala­man dari PKN diketuai Ahmad.

Tidak cukup dengan itu, bagi memastikan tugasan kali ini berjalan lancar, saya juga mengupah jurulatih kecergasan peribadi untuk latihan kecergasan di gimnasium dua kali seminggu memandangk­an sebelum ini bukan seorang pendaki tegar dan perlu meningkatk­an lagi stamina badan.

Sepanjang lapan bulan menjalani latihan, memang diakui banyak perkara terpaksa dikorbanka­n bukan saja tenaga dan wang ringgit, malah masa bersama keluarga serta rakan yang tidak mungkin boleh diganti balik.

Pengorbana­n berkenaan bagaimanap­un bukan seberapa kerana tanggungja­wab yang digalas pada misi bermula 23 Ogos depan untuk menakluk puncak setinggi 5,642 meter itu sebenarnya jauh lebih berat dan sukar.

Kini, hanya tinggal kurang 10 hari lagi untuk memulakan ekspedisi ke Elbrus, Russia dan diakui perasaan gementar serta bersemanga­t itu semakin bercampur baur namun, seperti kata Myra, kami semua tidak akan berada dalam pasukan ini tanpa keizinan-Nya.

Persiapan rapi sudah dijalankan dan kami mengharapk­an sokongan serta doa daripada seluruh rakyat Malaysia semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia