Harian Metro

Pengsan ahli Geng 35 dibawa keluar

-

Sungai Petani: Suasana di pekarangan Mahkamah Sungai Petani kecoh dengan suara tangisan hampir 50 ahli keluarga serta sanaksauda­ra kepada 16 anggota kongsi gelap Geng 35 Sungai Petani semalam.

Mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.

Malah, tidak kurang juga ada ahli keluarga tertuduh yang pengsan tatkala melihat tertuduh dibawa keluar daripada lokap mahkamah.

Tertuduh membabitka­n M Sayhisvara­n, 19, S Ganes Kumar, 24, G Sethu, 27, P Sritharan, 23, S Magheswara­n, 25, V Karthik, 26, S Nanthakuma­r, 35, S Gunabalan, 23, T Viveganath, 25, S Thiyagu, 29, K Sukumaran, 30, Muhammad Hafiz Abdullah, 30, Lu Choon Chuan, 36, S S Kesavan, 35, dan adik beradik, Y Thibagar, 28, serta Y Kartik, 25.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 35 Sungai Petani awal Januari 2015 hingga 18 Julai 2017.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V (1), Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut subseksyen sama dengan membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

Semua tertuduh mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Tamil di depan Hakim M Vijayalaks­hmi.

Vijayalaks­hmi tidak membenarka­n sebarang jaminan dikenakan terhadap semua tertuduh dan menetapkan 13 September ini sebagai tarikh sebutan semula manakala terdapat dua lagi suspek ahli kumpulan berkenaan yang masih direman akan didakwa di mahkamah sama, 20 Ogos ini.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 16 anggota Geng 35 dibawa keluar dari mahkamah.
SEBAHAGIAN daripada 16 anggota Geng 35 dibawa keluar dari mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia