Harian Metro

Kes E-Kad palsu bertambah

-

Tanah Merah: Lebih 50 kes pemalsuan kad sementara atau Enforcemen­t Card (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan membabitka­n beberapa sindiket yang didalangi warga tempatan dan luar negara untuk mengaburi pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, aktiviti itu dikesan sebelum proses permohonan E-Kad dijalankan pada 15 Februari hingga 30 Jun lalu.

Beliau berkata, jumlah itu semakin bertambah ketika operasi mengesan PATI yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dijalankan selepas tempoh permohonan E-Kad tamat di seluruh negara.

“Sebelum E-Kad dilancarka­n, ada dalang yang cuba ambil kesempatan dengan sindiket tertentu membuat dokumen ini secara palsu dan jumlahnya daripada 40 kes bertambah kepada lebih 50 kes.

“Siasatan awal mendapati bayaran antara RM1,000 hingga RM4,000 yang dikenakan sindiket didalangi warga tempatan dan luar negara termasuk Bangladesh dan Myanmar. Mereka terbabit terdiri daripada majikan ataupun ejen yg mencipta E-Kad palsu ini.

“Setakat ini, sudah ada yang dibawa ke mahkamah dan masih banyak yang perlu penelitian di peringkat penasihat undang-undang JIM dan Jabatan Peguam Negara,” katanya selepas Majlis Interaksi dan Amanat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di Depot Imigresen Tanah Merah di sini, semalam.

Pada majlis itu, 200 pegawai dan anggota JIM Kelantan turut melafazkan Ikrar Bebas Rasuah dan menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah.

Hadir sama, Pengarah Imigresen Kelantan Saupee Wan Yusoff dan Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Malaysia (SPRM) Kelantan Datuk Moh Shamsudin Yusof.

Menurutnya, antara negeri yang dikesan terbabit dengan pemalsuan E-Kad termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

“Kesalahan ini banyak dikesan di negeri ini berikutan jumlah PATI yang ramai di kawasan berkenaan kerana mempunyai banyak peluang pekerjaan. Bagaimanap­un, di negeri lain pun ada juga kesalahan ini,” katanya.

 ??  ?? MUSTAFAR (tengah) ketika mengadakan lawatan kerja di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah.
MUSTAFAR (tengah) ketika mengadakan lawatan kerja di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia