Harian Metro

Tabur bakti di tanah air

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

“Selepas enam tahun berusaha keras, kini tiba masanya untuk saya menabur bakti dan berkhidmat di tanah air,” kata penuntut perubatan terbaik Malaysia di Universiti Perubatan Warsaw, Poland, Dr Nor Syahirah Mohd Nor yang sebelum ini menerima Anugerah Golden Graduation.

Anak kelahiran Kampung Ramuan China, Masjid Tanah itu berkata, dia mempersiap­kan diri sementara menunggu dipanggil untuk ditempatka­n di hospital bagi memulakan tugasnya sebagai doktor.

Menurut wanita berusia 26 tahun itu, kejayaan dinobatkan sebagai penuntut terbaik perubatan bukan satu keselesaan buatnya, malah akan berusaha memberi perkhidmat­an berkualiti kepada masyarakat selepas ini.

“Buat masa ini, saya belum tahu akan ditempatka­n di hospital mana dan menunggu keputusan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Saya sedar selepas ini akan menempuh pengalaman baru kerana pasti berdepan pelbagai situasi dan kerenah pesakit namun saya bersedia menghadapi­nya,” katanya ketika ditemui selepas menerima Sijil Penghargaa­n daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Masjid Tanah, semalam.

Sijil itu disampaika­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersempena Majlis Penutup Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah dan Pusat Tamadun Islam Parlimen Masjid Tanah di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Durian Daun Masjid Tanah, Alor Gajah.

Nor Syahirah berkata, kecemerlan­gannya sehingga membolehka­n dia menerima anugerah tertinggi itu adalah kerana minatnya dalam bidang biologi.

“Sepanjang enam tahun berada di perantauan, pelbagai halangan perlu ditempuh namun saya bersyukur kerana semuanya dapat dihadapi berkat doa ibu dan ayah,” katanya.

 Penuntut perubatan terbaik Malaysia di Poland tunggu panggilan mula tugas

 ??  ?? NAJIB menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Dr Nor Syahirah, semalam.
NAJIB menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Dr Nor Syahirah, semalam.
 ??  ?? DR Nor Syahirah mencium pipi neneknya, Zainon Puteh, 81, selepas menerima sijil penghargaa­n.
DR Nor Syahirah mencium pipi neneknya, Zainon Puteh, 81, selepas menerima sijil penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia