Harian Metro

Sakit bersalin ketika mesyuarat Sita bauksit RM1.2 bilion

- Mohd Fauzi Abdullah fauzie@hmetro.com.my

Hasrat seorang perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu untuk menyertai Mesyuarat Tahunan Perwakilan Puteri UMNO semalam, terbantut selepas dia dibawa ke Hospital Kulim selepas sakit mahu bersalin.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari apabila Siti Nur

Amira Ahmad, 24, sedang makan selepas selesai majlis perasmian serentak Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu yang disempurna­kan Ahli

Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kasim di Dewan

Bandaran Kulim.

Menurutnya, Siti Nur Amira ahli Puteri UMNO Cawangan Gunung

Bongsu dan mengandung anak sulung.

“Pagi tadi (semalam), ketika Siti Nur Amira sampai di dewan untuk mendaftar kehadiran, saya lihat perutnya lain dan menasihati­nya supaya berehat di rumah.

“Saya kata perut dia seperti sudah turun ke bawah lebih baik berehat di rumah namun Siti Nur Amira kata dia tidak sakit dan bersemanga­t untuk bermesyuar­at.

“Namun ketika sedang makan, tiba-tiba dia sakit perut seperti ingin melahirkan anak dan terus dibawa ke Hospital Kulim oleh kakitangan pusat khidmat Ahli Parlimen,” katanya.

Menurut beliau, Siti Nur Amira ditemani ahli Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Gunung

Bongsu dan pihaknya berdoa supaya wanita itu serta anaknya selamat.

Anggaran bauksit disita Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernilai RM1.289 bilion (ASD300 juta) bagi menghalang­nya dibawa keluar untuk semua aktiviti termasuk perniagaan.

Jumlah itu berdasarka­n kenyataan dikeluarka­n SPRM kelmarin yang menyita 10 juta tan simpanan bahan mineral berkenaan serta-merta di beberapa lokasi daerah ini.

Naib Presiden Pertubuhan Pengusaha Mineral Negeri Pahang (PPMNP) Yap Soon Huat berkata, anggaran itu berdasarka­n purata harga pasaran semasa bauksit iaitu ASD30 (RM128) bagi satu tan bauksit yang dieksport ke China.

“Saya terkejut apabila dimaklumka­n ada 10 juta tan bauksit disita SPRM.

“Ini kerana aktiviti perlombong­an bauksit berkuranga­n selepas kerajaan menguatkua­sakan moratorium, tidak pasti pula kalau ia berkaitan perlombong­an haram.

“Ia mengejutka­n kerana tahun lalu rekod pengekspor­tan bauksit kita hanya sekitar lima ke enam juta tan disebabkan ada moratorium dan hanya segelintir pelombong diberikan kebenaran mengekspor­tnya bagi tujuan pembersiha­n,” katanya, di sini, semalam.

Katanya, namun pihaknya tidak menolak kemungkina­n nilai itu lebih tinggi kerana

 SPRM halang bawa keluar 10 juta tan bahan mineral untuk semua aktiviti termasuk perniagaan

harga mineral berkenaan boleh mencecah ASD40 (RM171) bagi satu tan untuk bauksit gred tinggi manakala bagi gred rendah harganya sekitar ASD25 (RM107).

“Jadi, kita ambil purata harga bagi satu tan bauksit iaitu ASD30 untuk dapat jumlah besar,” katanya.

Yap berkata, pada 2015 eksport bauksit ialah 25 juta tan yang diketahui mencatat jumlah eksport paling tinggi di dunia selepas Indonesia menghentik­an aktiviti perlombong­an bahan mineral itu.

“Sebab itu saya terkejut apabila dikatakan ada 10 juta tan bauksit lagi sekarang.

“Kalau kita lihat pergerakan lori tidak sehebat 2015 (sebelum moratorium dikuatkuas­akan) tetapi bagaimana boleh ada sehingga 10 juta tan?” soalnya.

Dalam kenyataan medianya kelmarin, SPRM memaklumka­n menyita 10 juta tan simpanan bauksit bagi menghalang ia dijual dan membantu menjalanka­n siasatan terhadap isu perlombong­an haram di daerah ini.

Badan itu turut mencadangk­an kepada Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mengkaji semula pengeluara­n permit kelulusan (AP) kepada pengusaha lombong bauksit serta membatalka­n semua AP dikeluarka­n sebelum ini.

Penyitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 dan jika ada pihak melanggar arahan notis penyitaan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 69 akta sama iaitu denda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN longgokan bauksit di sekitar Bukit Goh.
SEBAHAGIAN longgokan bauksit di sekitar Bukit Goh.
 ??  ?? NOTIS sitaan SPRM ke atas longgokan bauksit di FELDA Bukit Goh.
NOTIS sitaan SPRM ke atas longgokan bauksit di FELDA Bukit Goh.
 ??  ?? NORSABRINA (kanan) menenangka­n Siti Nur Amira yang menahan sakit sebelum dihantar ke Hospital Kulim, semalam.
NORSABRINA (kanan) menenangka­n Siti Nur Amira yang menahan sakit sebelum dihantar ke Hospital Kulim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia