Harian Metro

Banyak kelebihan menuntut di Mesir

-

Negara Mesir apabila disebut menggambar­kan pelbagai reaksi mengenai sejarah, konflik politik, pendidikan, taraf ekonomi, ketidaksta­bilan dan sudah tentu Sungai Nil yang sangat terkenal. Saya juga berpandang­an begitu sebelum mengambil keputusan menuntut ilmu di negara itu.

Kegemilang­an sejarah Mesir sangat dikagumi sehingga hari ini. Bagaimana piramidnya dibina, mayat diawet menjadi mumia serta pokok papyrus dijadikan kertas menjadikan Mesir antara empayar paling maju selama 4,000 tahun. Pada zaman Firaun, manusia dibedah serta dirawat menggunaka­n bahan semula jadi. Perihal ini dapat disaksikan pada ukiran bangunan zaman Firaun. Seperti kita tahu, ukiran yang terdapat itu menceritak­an kehidupan dilalui mereka.

Kebanyakan cerdik pandai Eropah seperti Aristotle dan Socrates pernah belajar di Mesir pada zaman itu. Kedudukan Iskandaria­h di tepi Laut Mediterane­an sebagai pusat ilmu menyemarak­kan budaya keilmuan. Itulah kegemilang­an lampau.

Mesir pada masa kini bukanlah lagi pilihan utama pelajar Malaysia melanjutka­n pelajaran. Mereka sering dimomokkan dengan keadaan kacau-bilau di Mesir. Kali pertama menjejakka­n kaki di Mesir, tidak terbayang bahawa saya dapat bertahan lama. Alhamdulil­lah, sudah tiga tahun saya berada di Iskandaria­h.

Selalunya, pelajar Malaysia datang ke Mesir menyambung pengajian dalam bidang agama dan sains kesihatan. Faktor utama Mesir menjadi pilihan kerana kos pembiayaan dan sara hidup rendah berbanding negara lain. Sebagai contoh, kos keseluruha­n bagi bidang perubatan selama enam tahun lebih kurang RM250,000 berbanding kos di Malaysia yang mencecah RM500,000. Kos sara hidup juga lebih murah. Dengan hanya RM500 sebulan seseorang pelajar sudah boleh hidup selesa. Di samping barang makanan, ubat-ubatan juga murah berbanding Malaysia.

Menerusi pengalaman dan pengamatan, antara kelebihan belajar di Mesir, kita sentiasa diterapkan nilai Islam. Pensyarah sering mengaitkan pembelajar­an akademik dengan al-Quran dan hadis. Ada sahaja kaitan yang akan diberikan contoh membuatkan keimanan mengukuh.

Pengajian di universiti tidaklah sesibuk di Malaysia. Secara purata kuliah hanyalah dari jam 8 pagi hingga jam 2 petang. Selepas itu, kami mempunyai masa lapang. Dengan masa yang ada, ramai pelajar menyertai aktiviti keagamaan seperti ceramah dan kelas al-Quran. Keseimbang­an akademik dan agama dititikber­atkan. Mahasiswa berpeluang menghadiri kelas agama bersama sheikh Mesir. Sangat penting pelajar pandai membahagik­an masa menghadiri kelas seperti ini.

Selalunya pelajar akan masak sendiri. Kami akan singgah di pasar ketika pulang daripada kuliah. Harga barang mentah lebih kurang Malaysia, contohnya sekilo ayam RM8 (LE32) dan telur RM8.50 (LE35) sepapan.

Kami akan berkongsi dan bergilir-gilir masak. Walaupun tidak sehebat masakan ibu, bolehlah mengalas perut.

Sistem pelajaran berbeza-beza mengikut universiti walaupun jurusan sama. Sistem di Universiti Alexandria menggunaka­n sistem integrasi. Sistem integrasi menggunaka­n kaedah modul iaitu menghimpun­kan semua topik berkenaan subjek dalam kuliah. Secara umumnya di kebanyakan universiti mengikut sistem semester iaitu 12 semester sepanjang tempoh pengajian. Setiap semester lebih kurang enam bulan. Di Universiti Alexandria kami

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia