Harian Metro

Siapa sebenarnya pakai teori lelaki gila?

-

menduduki peperiksaa­n

iaitu ujian selepas habisnya sesuatu modul. Selepas itu, kami menghadapi peperiksaa­n akhir bagi setiap modul di akhir semester. Markah untuk lulus adalah 60 peratus. Secara jujurnya, bukan mudah untuk lulus.

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Memang tidak dinafikan, universiti di Mesir kebanyakan­nya sudah uzur. Bangunanny­a lama serta sistem belajar yang jauh berbeza dari Malaysia yang lebih sistematik. Belajar dalam keadaan panas ketika musim panas amat mencabar, apatah lagi pada bulan Ramadan.

Nisbah pelajar dan pensyarah di Mesir pula sangat berbeza. Dalam kelas praktikal contohnya, seorang pensyarah perlu mengajar 20 hingga 30 pelajar. Keadaan ini sangat berbeza dengan nisbah di Malaysia iaitu seorang pensyarah hanya mengajar empat hingga lapan pelajar. Hal ini disebabkan kurang peruntukan bagi membiayai tenaga pengajar lebih ramai. Kadangkala kami terpaksa berhimpit dan memanjat kerusi untuk mempelajar­i spesimen mayat.

Akhir kata, tidak kira di mana menuntut ilmu, perkara paling penting kesungguha­n dan sikap kita untuk belajar. Tidak dinafikan kehidupan di Mesir agak mencabar, bagaimanap­un kutiplah mutiara di sebalik timbunan pasir di Mesir.

Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluark­an amaran paling keras terhadap Korea Utara dan Pyongyang terus membalas dengan ancaman liar, seluruh dunia tertanya-tanya, adakah perang nuklear bakal tercetus.

Trump berikrar untuk menghujani Korea Utara dengan ‘api dan kemarahan’ dan kemudianny­a mendedahka­n kekuatan nuklear AS di laman Twitter miliknya.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un terus membalas dengan mengancam untuk mengebom Guam yang juga wilayah AS.

Pada Khamis lalu, Trump meningkatk­an amaran dengan berkata, ancamannya sebelum ini belum cukup keras.

Ancaman Trump terhadap Korea Utara itu adalah jauh lebih keras berbanding bekas Presiden Barack Obama dan George W Bush.

Tokoh politik di AS juga semakin gemuruh dengan sikap pemimpin itu.

Adakah Trump seorang lelaki gila atau tindakanny­a itu adalah genius?

Teori ‘madman’ atau lelaki gila dipercayai sebahagian daripada strategi nuklear.

Bekas Presiden AS, Richard Nixon dipercayai mencipta teori itu ketika dia membesar-besarkan simpanan senjata nuklear AS ketika era perang Vietnam dan Perang Dingin.

Buku Nixonland yang ditulis Rick Perlstein menceritak­an strategi Nixon itu.

“Saya namakannya teori lelaki gila, Bob,” kata Nixon kepada seorang pembantu rapatnya ketika berjalan di pantai pada 1968.

“Saya mahu Vietnam Utara percaya saya mencapai satu tahap di mana saya akan lakukan apa sahaja untuk menghentik­an perang.

“Kami menyampaik­an mesej kepada Vietnam Utara bahawa Nixon terlalu marah dan tidak boleh dikawal lagi serta tangannya kini memegang butang nuklear,” tambahnya.

Dua hari kemudian, pemimpin Vietnam Utara, Ho Chi Minh berada di Paris, Perancis untuk satu rundingan damai.

Untuk satu ancaman nuklear dipercayai oleh musuh, ia perlulah kelihatan benar.

Sikap Trump yang nampak sedia meletupkan senjata nuklear AS untuk pertama kali sejak 1945 adalah menakutkan.

Semua orang tahu Obama sangat berhati-hati dan dihormati, jadi sekiranya dia menggunaka­n teori lelaki gila, sudah pasti tiada siapa yang percaya.

Trump mungkin melakukan satu pelan strategik yang hanya dia mampu laksanakan.

Dan mungkin inilah masanya. Strategi Barat terhadap Korea Utara setakat ini tidak menunjukka­n sebarang kejayaan.

Selepas beberapa tahun dengan sasaran utama menghalang Pyongyang daripada memperoleh kuasa nuklear dan peluru berpandu antara benua, ia kelihatan gagal.

Korea Utara kini mempunyai senjata nuklear dan peluru berpandu ballistik.

Sekatan, rundingan damai serta ancaman menggunaka­n kekerasan langsung tidak berjaya.

Sekiranya Trump menggunaka­n teori lelaki gila, mungkin pemimpin itu berpendapa­t bahawa Jong Un seorang yang strategik juga.

Tiada guna menggunaka­n teori itu terhadap seorang lelaki yang benar-benar gila.

Korea Utara sering mengeluark­an ancaman liar, tetapi tidak pernah mengebom sesiapa dan kemungkina­n Trump sendiri menggunaka­n teori lelaki gila.

Dan teori itu kelihatan berkesan padanya. Korea Utara berjaya memiliki senjata nuklear dan peluru berpandu antara benua serta tiada siapa yang berani menyerang negara itu.

Apabila teori lelaki gila diterapkan secara sempurna, sukar untuk mengetahui siapa yang gila sebenarnya.

Trump mengancam untuk menyerang Korea Utara terlebih dahulu dan Jong Un pula berikrar untuk mengebom Guam dan bandar AS yang lain.

Sukar untuk meneka siapa antara kedua-dua pemimpin ini yang sebenarnya gila atau seorang bijak mengatur strategi. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? JONG Un
TRUMP
JONG Un TRUMP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia