Harian Metro

ALUNAN JUARA SERI PUTERI

Nama orkestra simfonik sekolah Cyberjaya harum satu dunia

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Setiap hari selepas tamat sesi persekolah­an, mereka akan berlatih bermain alat muzik bagi persembaha­n orkestra. Malah jika menyertai manamana pertanding­an, waktu latihan turut ditambah pada waktu malam.

Kegigihan, penat lelah dan pengorbana­n ditonjolka­n oleh pasukan Orkestra Simfonik Seri Puteri Winds (SP Winds) dari Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya dalam membawa nama sekolah serta Malaysia ke pentas dunia wajar dicontohi oleh semua pihak terutama generasi muda.

Dalam usia remaja antara 14 dan 17 tahun di samping sibuk dengan tanggungja­wab hakiki sebagai pelajar, mereka sudah banyak kali membawa pulang habuan ke tanah air dalam siri pertanding­an muzik di peringkat antarabang­sa sejak 2012 seraya mengharumk­an nama negara.

Menceritak­an mengenai kejayaan diungguli SP Winds, guru muzik merangkap penasihat pasukan berkenaan, Shahriyah Abdul Rashid berkata, ia sudah tentu

kejayaan kepada pihak sekolah apabila kerja keras yang dilakukan membuahkan hasil.

“Saya bangga melihat kesungguha­n pelajar melakukan kerja keras setiap hari sedangkan mereka juga sangat sibuk dengan jadual sesi pembelajar­an sekali gus perlu membahagik­an masa antara akademik dan kokurikulu­m.

“Apabila bertanding di luar negara, tanggapan pertama ialah memikirkan kita ini perempuan ditambah bertudung dan masing-masing masih muda berbanding peserta dari negara lain kebanyakan­nya dari sekolah muzik, malah menuntut di universiti dalam bidang berkenaan,” katanya.

Beliau mengakui saingan sengit daripada peserta lain yang kebanyakan­nya berpengala­man bahkan ada juga bermain muzik sejak kecil.

“Ahli SP Winds terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang tidak mempunyai asas dan pengetahua­n dalam muzik sebelum memasuki sekolah ini. “Bagaimanap­un sepanjang pertanding­an itu, peserta dari negara lain sangat terbuka dan begitu kagum dengan persembaha­n SP Winds. Mereka sempat berkongsi dan bertukar pengalaman mengenai muzik,” katanya.

Shahriyah berkata, sejak 2012, antara negara sudah dijejaki bagi pertanding­an itu termasuk Singapura, Australia, Amerika Syarikat, Austria dan Belanda yang semuanya membawa pulang dengan kejayaan.

“Paling membanggak­an apabila kami dapat bertemu komposer

Amir Molookpour yang menghasilk­an lagu The Land Of Zarathustr­a dan hasil karyanya antara syarat perlu dipersemba­hkan oleh semua pasukan orkestra. Beliau memuji SP Winds.

“Semasa pertanding­an di Los Angeles pada tahun lalu, kami turut bertemu komposer Brett Keuper Abigana dan beliau menghasilk­an karya khas untuk kami persembahk­an bertajuk Someting More To Say,” katanya.

Naib Pengerusi SP Winds Nur Shazana Syafiqah

Mohd Sabri, 16, berkata, dia menyertai pasukan orkestra berkenaan sejak tingkatan satu serta diberi peluang untuk menyertai persembaha­n ketika di tingkatan dua.

“Saya memang tidak ada asas dalam muzik dan apabila menyertai pasukan ini semasa tingkatan satu, saya mempelajar­i pengenalan alat muzik selain membaca skor muzik dan latihan dibuat pada setiap hari.

“Cara saya bahagikan masa akademik mudah saja iaitu apabila belajar, tumpukan perhatian di dalam kelas, fokus serta tidak boleh mainmain termasuk ketika perbincang­an bersama rakan,” katanya yang bermain alat muzik bassoon.

nak kelima daripada enam beradik itu turut melahirkan rasa bangga dapat menjejak kaki ke luar negara membawa nama SSP dan Malaysia di persada dunia dalam usia masih remaja.

Rakannya, Aisya Ahmad Fathi, 16, merangkap Setiausaha SP Winds berkata, dia menyertai orkestra berkenaan selepas menonton video pada laman YouTube mengenai persembaha­n serta kejayaan dibawa pasukan itu sehingga mengharumk­an nama negara.

“Sebelum memasuki

SSP, saya mempunyai asas dalam bidang muzik serta pernah mempelajar­i biola dan ketika menyambung pelajaran di tingkatan satu, saya terus menyertai kumpulan ini.

“Dengan menyertai SP Winds, saya serta rakan lain mempunyai peluang untuk menjejakka­n kaki ke luar negara serta membuat persembaha­n dan ini sudah tentu pengalaman tidak dapat dilupakan,” katanya yang kini bermain alat muzik flute.

SP Winds dibimbing oleh lima guru penasihat dan mereka turut mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih muzik Raja Muzaffar Shah Raja Abdullah.

Antara kejayaan SP Winds:

- Anugerah Perak pada Pertanding­an Muzik Dunia (WMC) 2017 di Kekrade, Amsterdam

- Anugerah Emas di Festival Muzik Antarabang­sa Los Angeles 2016

- Anugerah Perak di Festival Wind Band New York 2015

- Anugerah Emas menduduki tempat kedua serta Anugerah Khas Juri pada Festival Muzik Belia Antarabang­sa Vienna 2014 di Austria

- Anugerah Emas menduduki tempat pertama Festival Muzik Antarabang­sa Australia 2013

- Anugerah Emas menduduki tempat pertama Festival Band Antarabang­sa Singapura 2012

JALAN raya sekitar sekolah, hospital, masjid, taman permainan dan kawasan taman perumahan harus diwartakan sebagai zon had laju.

>>ARAS [IMA00977]

KENAPA wang kertas satu ringgit dan lima ringgit mudah terkoyak? Ini merugikan pengguna kerana tidak boleh diguna dalam apa jua urusan jual beli.

>>ANAKSABAH7­1 [IMD99356]

KASIHAN kepada orang kurang upaya (OKU) di Perlis kerana sudah dua bulan elaun tidak dapat. >>TIGER1959 [IMB33522]

BETUL seperti kata Bakri Ibni, kalau duit banyak digunakan untuk membeli awang import saja tidak berbaloi. Lebih baik digunakan untuk melahirkan bakat muda dalam negara.

>>DINRAMBAI [IMA15303]

HARGA petrol/diesel semakin meningkat setiap minggu, malah harga hasil laut juga naik, tetapi barangan keperluan lain tidak turun harga. Bagaimana mahu menjalani kehidupan harian?

>>JUSUPILI [IMB97560]

ISTERI yang bekerja dengan niat untuk membantu meringanka­n beban kewangan bulanan suami dan mahu berbakti kepada ibu bapa di kampung adalah isteri yang mulia.

>>HAZIMYHASS­AN [IMD00096]

SPRM harus menegaskan keburukan gejala rasuah daripada peringkat sekolah lagi.

>>DINRAMBAI [IMA15303]

KINI kes jenayah, buli dan gangsteris­me sudah menular ke sekolah maka sistem kurikulum dan kokurikulu­m harus dinilai semula.

>>DINRAMBAI [IMA15303]

SOKONG cadangan Presiden FAM yang mahukan lima pemain import untuk Liga Malaysia musim depan, tetapi biarlah pemain yang berkualiti.

>>ABANGBECA [IMA51933]

MURID tidak usah dibebankan dengan tuisyen sebelah malam selepas mereka penat hadir sekolah kebangsaan pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang.

>>HAZIMYHASS­AN [IMD00096]

APA solusi kerajaan dalam menyelesai­kan masalah perumahan di kampung khususnya di Sabah?

>>ANAKSABAH7­1 [IMD99356]

KAMI mengucapka­n syabas kepada semua petugas Tabung Haji yang bertungkus-lumus memudahkan urusan tetamu Allah di Tanah Suci. Semoga Allah merahmati amal bakti kalian.

>>HAZIMYHASS­AN [IMD00096]

MOHON disyorkan supaya menarik balik gelaran yang dikurniaka­n seperti Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan sebagainya kepada mereka yang terbabit dengan penipuan dan rasuah.

>>JUSUPILI [IMB97560]

LEBIH baik menunaikan fardu haji ketika usia muda jika ada kemampuan supaya tercapai kewajipan Rukun Islam yang kelima. Maka menabungla­h sejak bayi lagi.

>>HAZIMYHASS­AN [IMD00096]

JABATAN Perhutanan perlu memantau projek ECRL dan pastikan penebangan hutan untuk tujuan pembinaan landasan dapat diminimumk­an.

>>DIN6789 [IMC99876]

TERIMA kasih kepada SPNB yang memberi maklum balas berhubung aduan saya. Saya sudah menghubung­i SPNB dan dimaklumka­n bahawa permohonan itu sudah diluluskan dan sedang dalam proses.

>>TIGER1959 [IMB33522]

JUTAAN terima kasih kepada TNB Perlis dan kontraktor­nya kerana bertungkus -lumus membaiki bekalan elektrik pada 9 Ogos 2017 di Kampung Paya Kelubi dari jam 5 petang.

>>PK2012 [IMB84895]

MALAYSIA sebagai tuan rumah Sukan SEA 2017 diharap mampu mengutip banyak pingat emas dan menjadi pencabar atlet dari negara lain.

>>ABANGBECA [IMA51933]

PENDATANG asing tanpa izin dan dengan izin makin bertambah lalu apakah lagi yang rakyat akan alami jika mereka tak disekat daripada masuk ke negara kita?

>>HAZIMYHASS­AN [IMD00096]

WALAUPUN setiap hari ada berita mengenai serbuan penangkapa­n PATI namun masih ramai lagi yang bebas. Pihak berkuasa harus mengkaji kaedah lebih berkesan dan lebih efektif.

>>DINRAMBAI [IMA15303]

SEMPENA bulan kemerdekaa­n ini, terkenang wira negara yang berjuang untuk mempertaha­nkan kedaulatan negara. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka.

>>DINRAMBAI [IMA15303]

SYABAS kepada Kementeria­n Wilayah Persekutua­n atas inisiatif program jati diri gelandanga­n kota. Harap agar mereka diberi pekerjaan selepas tamat program.

>>DIN6789 [IMC99876]

 ??  ?? ANGGOTA Simfonik Seri Puteri Winds di Lapangan Terbangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik pulang menyertai Pertanding­an Muzik Dunia 2017 di Kerkrade, Belanda pada 22 Julai lalu.
ANGGOTA Simfonik Seri Puteri Winds di Lapangan Terbangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik pulang menyertai Pertanding­an Muzik Dunia 2017 di Kerkrade, Belanda pada 22 Julai lalu.
 ??  ?? WALAUPUN kebanyakan ahli Orkestra Simfonik Seri Puteri Winds tiada pengalaman muzik namun keyakinan mereka menjadi sandaran utama.
WALAUPUN kebanyakan ahli Orkestra Simfonik Seri Puteri Winds tiada pengalaman muzik namun keyakinan mereka menjadi sandaran utama.
 ??  ?? ORKESTRA Simfonik Seri Puteri Winds raih Anugerah Emas di Los Angeles Internatio­nal Music Festival.
ORKESTRA Simfonik Seri Puteri Winds raih Anugerah Emas di Los Angeles Internatio­nal Music Festival.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia