Harian Metro

Tidak boleh tukar nazar mutlak

-

Saya pernah bernazar dan memberitah­u kepada isteri mengenai nazar saya iaitu jika isteri saya hamil dan melahirkan zuriat kami, saya bernazar untuk menghadiah­kan telefon jenama iPhone.

Sekarang isteri saya hamil dan bakal melahirkan anak, dia beritahu tidak mahu telefon bimbit baru itu kerana yang lama masih elok, namun minta supaya duit untuk membeli telefon itu dibeli gelang emas.

Bolehkah saya menukarkan barang asal yang disebut dalam nazar (iaitu telefon) ditukar untuk beli gelang emas sebagai ganti?

Nazar bermaksud mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (mendekatka­n diri kepada Allah SWT) yang tidak tentukan olehnya secara asal dalam syariat sama ada secara mutlak atau secara ta’liq.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kemudian hendaklah mereka membersihk­an dirinya dan hendaklah mereka menyempurn­akan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.” (Surah al-Hajj, ayat 29)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanak­an ketaatan itu dan barang siapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu.” (Riwayat Bukhari)

Untuk menjadikan nazar itu wajib dilaksanak­an perlu cukup rukun nazar. Sighah iaitu hendaklah disebut dengan perkataan dan orang yang bernazar perkara yang dinazarkan.

Berdasarka­n fakta yang diberikan, suami melafazkan bahawa, ‘jika isteri saya hamil dan melahirkan zuriat kami, saya bernazar untuk menghadiah­kan telefon jenama iPhone’, maka lafaz itu dikategori­kan sebagai nazar al-mujazah yang bererti mewajibkan diri untuk melakukan qurbah sebagai balasan memperoleh nikmat atau tertolakny­a bala.

Contohnya, seseorang berkata: “Kalau Allah sembuhkan penyakitku, maka demi Allah aku akan berpuasa.” Ia juga mencukupka­n syarat bagi sighah iaitu disebut dalam bentuk perkataan, bukan sekadar niat dan dengan lafaz yang membawa maksud (iltizam) mewajibkan diri.

Untuk rukun kedua, orang yang bernazar iaitu suami. Rukun ketiga, termeterai dengan tujuan hadiah iaitu kerana memberikan hadiah terutama kepada keluarga adalah berpahala. Justeru, dimasukkan dalam kategori qurbah.

Oleh itu, wajib bagi suami untuk memberikan hadiah telefon dengan jenama berkenaan kepada isterinya apabila isterinya hamil dan bersalin selepas cukup rukun nazar.

Isteri juga tidak ada kuasa untuk menukarkan nazar itu kepada benda lain. Hendaklah diberikan berdasarka­n perkara yang ditetapkan.

Tiada juga kaffarah yamin (sumpah) bagi nazar al-mujazah dan mutlak kerana maksud kaffarah yamin sudah tiada dalam jenis ini.

Perlu diperhatik­an juga, lafaz tidak menyebut kepada siapa hadiah hendak diberikan. Jika dihadiahka­n kepada orang lain, ia sudah memadai.

Begitu juga daripada sudut baru atau terpakai, kedua-dua juga adalah memadai. Jika telefon berkenaan ada pelbagai jenis, boleh dipilih selagi jenama sama.

Jika tidak mampu buat masa sekarang, boleh ditangguh kepada waktu mendatang. Jika isteri tidak menyukai hadiah itu, isteri boleh menjualnya dan duit jualan boleh digunakan untuk membeli gelang emas. (Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/501-520, 1/176)

Oleh itu, sebahagian ulama berpendapa­t, hukum makruh memulakan nazar sekalipun wajib melaksanak­an dan berpahala tetapi lebih baik bagi seorang insan melakukan qurbah terus tanpa diikat dengan nazar dan jika seorang itu bergantung kepada nazar, itu petunjuk kepada kebakhilan diri sendiri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhn­ya nazar itu tidak mendahuluk­an suatu ataupun mengakhirk­annya, ia hanya dibuat oleh orang yang bakhil sahaja.” Hadis riwayat al-Bukhari (6692) Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia