Harian Metro

Man Tyson ada-ada aja

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Polis trafik nafi wujud elemen suapan siasat kes kemalangan

Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menafikan wujud unsur rasuah dalam siasatan kes kemalangan seorang lelaki dikenali sebagai Man Tyson seperti yang didakwa di laman sosial Facebook miliknya.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya sudah mengeluark­an saman terhadap wanita yang melanggar lelaki berkenaan dalam kejadian pada 7 Mac lalu hingga menyebabka­n mangsa mengalami patah kaki kiri.

“Berdasarka­n

siasatan yang dijalankan menerusi sistem maklumat Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) turut mendapati cukai jalan dan insurans kereta yang melanggar mangsa sudah tamat tempoh.

“Hasil siasatan juga mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu wanita terbabit, namun dakwaan mengatakan wanita berkenaan memandu dalam keadaan mabuk hanya sekadar keterangan ‘hear say’ (khabar angin),” katanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi Isnin lalu, mangsa sedang menjaga lalu lintas bagi kerja-kerja penyelengg­araan berhampira­n Stesen Monorel Maharajale­la dikatakan dilanggar wanita terbabit.

Selepas lima bulan, mangsa tampil memuat naik satu status di laman Facebook mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya akibat kejadian itu kerana tidak dapat berjalan selain mendakwa mengalami kerumitan untuk bekerjasam­a dengan pegawai penyiasat (IO) kes. Dalam status yang dimuat naik pada Khamis lalu itu juga mendakwa pegawai penyiasat trafik yang mengendali­kan kes berkenaan menerima ‘pemberian’ daripada wanita yang melanggarn­ya.

Mohd Nadzri berkata, dakwaan pegawai penyiasat tra- fik menerima hadiah daripada pemandu wanita terbabit adalah tidak benar sama sekali berikutan tindakan saman dikeluarka­n kepada wanita itu pada 8 April lalu.

“IO mengeluark­an dua saman kepada pemandu (wanita) mengikut Seksyen 15(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 bagi kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabka­n kemalangan.

“Pihak polis mengalu-alukan laporan sesiapa saja dan tidak menolak sebarang laporan yang dibuat. Sebarang tuntutan sivil terhadap pemandu yang melanggar boleh dilakukan walaupun cukai jalan dan insurans tamat tempoh,” katanya.

 ??  ?? MAN Tyson patah kaki akibat kemalangan.
MAN Tyson patah kaki akibat kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia