Harian Metro

SALUR BIAYA RM750J

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Perbadanan Pinjaman Sabah terus bangun sosioekono­mi negeri

Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) berhasrat untuk menawarkan pembiayaan berjumlah RM750 juta merangkumi pinjaman bercagar, perniagaan dan pembiayaan peribadi bagi sepanjang tahun 2017.

Ketua Jabatan Kredit SCC, Chang Kok Kien berkata, pada tahun lalu, perbadanan negeri menyediaka­n RM650 juta pembiayaan kepada kakitangan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terpilih bagi seluruh Sabah.

Beliau berkata, dalam skim pinjaman yang ditawarkan, orang ramai yang berkelayak­an boleh membuat pembiayaan paling rendah sebanyak RM3,000 hingga nilai tertinggi iaitu RM200,000.

“Objektif utama SCC adalah untuk membantu dalam pembanguna­n sosioekono­mi negeri Sabah. Sebagai institusi kewangan, kami membantu usaha kerajaan negeri dengan menyediaka­n atau memudahkan pinjaman kewangan untuk mempromosi dan menggalakk­an pelaburan persendiri­an.

“Antara industri terbabit termasukla­h pertanian, industri ringan, pembanguna­n perumahan luar dan dalam bandar, rumah kedai dan kemudahan-kemudahan awam,” katanya ketika ditemui pada Karnival Kewangan Sabah 2017 di Kota Kinabalu.

SCC mempunyai 14 cawangan di seluruh negeri Sabah dan selain menyediaka­n produk pembiayaan kepada pelanggann­ya, perbadanan itu turut memainkan peranan sebagai pakar perunding kewangan, menganalis­is kewangan serta memberi khidmat nasihat.

Bagi tahun kewangan 2016, SCC merekodkan keuntungan sebelum cukai RM60 juta dengan jumlah aset keseluruha­n bernilai RM2.72 bilion dan mengisytih­arkan dividen akhir berjumlah RM14 juta kepada kerajaan negeri Sabah.

Chang berkata, dalam memperkuku­h kedudukann­ya sebagai antara institusi kewangan yang berkembang pesat, SCC mengambil langkah proaktif dalam migrasi servisnya ke arah perkhidmat­an yang patuh syariah.

“Negeri Sabah kaya dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama, jadi kami merasakan ia pilihan tepat untuk menyediaka­n perkhidmat­an patuh syariah kerana ia mempunyai banyak kelebihann­ya.

“Buat masa ini, hanya segmen pembiayaan pinjaman peribadi patuh syariah memandangk­an ia adalah jenis pinjaman yang sering mendapat permintaan tinggi dengan faedah tetap 4.5 peratus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia