Harian Metro

BCDP dijangka sumbang RM7 juta setahun

-

Kuala Lumpur: Projek Jerami Padi menerusi Program Pembanguna­n Komuniti Bioekonomi (BCDP) dijangkaka­n menyumbang RM7 juta setahun dan meningkatk­an produk terbiodegr­adasi bernilai tinggi di Malaysia dan pada masa yang sama mempromosi­kan kelestaria­n alam sekitar dan meningkatk­an teknologi hijau.

Projek itu dilaksanak­an Perbadanan Pembanguna­n Bioekonomi Malaysia menerusi perjanjian 10 tahun dengan syarikat berstatus BioNexus, Free The Seed Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Kawasan Pendang Selatan (PPKPS) di Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain berkata, industri pembungkus­an terbiodegr­adasi berpotensi terus berkembang hasil daripada usaha yang dilaksanak­an kerajaan dan negara lain dalam mengurangk­an penggunaan bahan plastik dan polistiren­a.

“Menurut kajian Transparen­cy Market Research, pasaran pembungkus­an mesra alam global dijangka mencecah AS$177.7 bilion (RM762 bilion) pada 2018,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, projek yang dijalankan itu membolehka­n petani dari PPKPS membekalka­n 57,000 tan jerami padi dari 12 sawahnya kepada Free The Seed.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, teknologi enzim Free The Seed yang dipatenkan World Intellectu­al Property Organisati­on (WIPO) itu membolehka­n syarikat berkenaan menghasilk­an 60 juta unit produk pembungkus­an setahun.

“Free The Seed juga memperoleh banyak pengiktira­fan tempatan dan antarabang­sa atas produk terbiodegr­adasinya, termasuk Anugerah Pemenang Sisa Buangan kepada Kekayaan menerusi Program Inovasi Global Greentech, selain kriteria Perlabelan Eko SIRIM ECO 009: 2016 yang diperakui oleh kerajaan bagi produk berasaskan biojisim dalam aplikasi makanan.

“Menerusi label ini, pengguna diberi jamin ke atas keselamata­n dan kebolehper­cayaan ke atas produk dengan piawaian kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia