Harian Metro

Potensi sandal TEVA

- Badrila Jamlus jbad@hmetro.com.my

Prestige Sports rancang buka empat butik jualan tahun depan

Prestige Sports Sdn Bhd (Prestige Sports), ejen jualan dan pengedaran sandal berjenama TEVA di Malaysia merancang membuka empat butik jualan termasuk satu di Pulau Pinang manakala tiga lagi di pusat beli-belah terkemuka sekitar Lembah Klang pada tahun depan.

Butik pertama yang menampilka­n konsep gaya hidup itu bakal dibuka di pusat beli-belah Mid Valley pada Februari tahun depan membabitka­n pelaburan sebanyak RM500,000.

Pengurus Kanan Jenama Prestige Sports, Frankie Ng Boon Jay berkata, syarikat mula mengambil alih jualan dan pengedaran sandal jenama Amerika Syarikat ini sejak awal tahun ini serta melihat produk itu memiliki potensi besar pasaran disebabkan kualiti tinggi yang ditawarkan.

Beliau berkata, sandal TEVA bukan saja tahan lasak serta selesa dipakai, malah dihasilkan menerusi teknologi tinggi yang sesuai untuk cuaca di negara ini dan digayakan oleh sesiapa saja tidak kira lelaki mahupun perempuan.

“Tali sandal TEVA dibuat daripada bahan polyester yang mudah kering sekiranya basah dan tapaknya pula dilengkapi kusyen Shoc Pad™ yang dapat menyerap hentakan dengan baik.

“Selain itu, sandal ini turut dirawat dengan Microban®, satu teknologi antimikrob­ial berasaskan zink untuk mengelakka­n daripada bau busuk kesan daripada berpeluh malah boleh digunakan ketika berenang di laut,” katanya selepas majlis pelancaran dua model baru, sandal TEVA Verra dan Terra Fi Lite di kedai konsep pertama di pusat beli-belah Sunway Velocity Cheras, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Pemasaran Prestige Sports, Amiruddin Mustapa. Majlis pelancaran itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran personalit­i sukan tanah air Sylvia Kavita Kumares, Miss Malaysia Universe 2015 Vanessa Tevi dan pelakon serta pelawak Lan Pet Pet.

Katanya, ketika ini Prestige Sports menawarkan lebih 15 rekaan sandal sama ada untuk kegunaan lasak, bersukan atau santai di kedai konsep ini yang akan dibuka selama setahun dan merancang memperkena­lkan rekaan baru termasuk kasut pada masa depan.

Sandal Verra dijual pada harga RM319 adalah sepasang sandal yang bukan saja sedia-beraksi malah ia juga cantik dan sesuai dipakai untuk wanita manakala Terra Fi Lite dijual pada harga RM379. Sandal TEVA juga boleh didapati di cawangan aL-ikhsaN di seluruh negara. Firm Motion Sdn Bhd, syarikat yang menganjurk­an WomenFest Malaysia

(WFM) menyasarka­n transaksi jualan melebihi RM3 juta sepanjang dua hari program berlangsun­g.

Pengarah Pemasaran dan Kewanganny­a, Zairul Haziq berkata, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran berkenaan didorong oleh jumlah pengunjung wanita berkualiti antara 50,000 hingga 100,000.

“Acara yang julung kali diadakan ini akan mengetenga­hkan gaya terbaru fesyen wanita merangkumi pakaian, aksesori, kosmetik dan produk berkaitan wanita yang lain.

“Lebih daripada 100 jenama runcit dijangka mengambil bahagian membabitka­n jenama tempatan dan penyertaan jenama dari luar negara seperti Indonesia dan Singapura.

“Setakat ini 35 peratus tapak ditempah dan kami mempunyai baki 120 lagi tapak dengan nilai purata sewaan sebanyak RM3,900 setiap satu,” katanya pada sidang media WFM, semalam.

Menurutnya, WFM bakal menyediaka­n platform untuk usahawan wanita khususnya mempamerka­n jenama baru mengikut trend terkini.

Malah, WFM2017 yang berlangsun­g dari 28 hingga 29 Oktober depan di Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) turut berfungsi sebagai rangkaian perniagaan untuk mewujudkan kesedaran jenama dalam kalangan pengunjung.

 ??  ?? NG (dua dari kanan) bersama Sylvia Kavita (kiri), Lan Pet Pet dan Vanessa pada pelancaran kedai konsep pertama TEVA di pusat beli-belah Sunway Velocity Cheras.
NG (dua dari kanan) bersama Sylvia Kavita (kiri), Lan Pet Pet dan Vanessa pada pelancaran kedai konsep pertama TEVA di pusat beli-belah Sunway Velocity Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia