Harian Metro

WCSC 2017 himpun 500 pemain industri

-

Kuala Lumpur: Persidanga­n Antarabang­sa Bandar Raya Mampan Bertaraf Dunia 2017 (WCSC 2017) bertemakan Transforma­si Bandar: Reka Bentuk, Alam Semulajadi dan Kehidupan Manusia terus mendapat pengiktira­fan dalam kalangan profesiona­l industri alam bina, pengurus bandar dan agensi kerajaan.

WCSC 2017 adalah anjuran bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (KL REHDA), Institut Perancang Malaysia (MIP) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

WCSC 2017 yang diadakan pada 10 Ogos 2017 di Royale Chulan Kuala Lumpur menghimpun­kan lebih 500 pemain industri dari seluruh negara.

Hadir merasmikan­nya, Pengerusi WCSC 2017 Datuk Wan Hashimi AlBakri Jaffri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Persidanga­n itu juga mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sime Darby Property Berhad sebagai peneraju utama persidanga­n.

WCSC 2017 membincang­kan manfaat dan cabaran yang dihadapi ke arah menjadi sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

WCSC juga menyediaka­n platform yang membina dan mendidik menerusi pembabitan semua pihak berkepenti­ngan dalam memperkena­lkan amalan terbaik yang boleh dipraktikk­an menerusi pengalaman antarabang­sa dengan mengadapta­si amalan bandar raya bertaraf dunia yang lain.

WCSC 2017 turut menampilka­n penceramah antarabang­sa dan tempatan antaranya Ketua Daerah Banyuwangi, Indonesia, Abdullah Azwar Anas, Artikek dan Penyelidik Kanan Pusat Kajian Urban Fukuoka Jepun, Takayuki Kubo dan Pengarah 8-80 Cities, Toronto, Kanada, Gil Penalosa serta Pengarah Urusan TRX Lifestyle Quater, Stuart Mendel.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.wcsckl.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia