Harian Metro

Badong Muktadil ditembak mati

-

Manila: Seorang komander Abu Sayyaf yang aktif menculik tebusan dan menyerang kapal asing termasuk menceroboh kawasan Sabah mati ditembak tentera Filipina kelmarin.

Badong Muktadil terbunuh selepas sebuah bot kayu yang dinaiki bersama beberapa militan bertembung dengan sebuah bot peronda tentera berhampira­n Pulau Jolo.

Lelaki itu ialah abang sulung kepada enam beradik Muktadil yang terkenal dengan aktiviti keganasan, termasuk menculik warga asing untuk mendapatka­n wang tebusan.

Mereka yang dikenali sebagai Muktadil bersaudara juga disyaki terbabit dalam kejadian menculik seorang lelaki pada Mei 2014 di Sandakan, Sabah sebelum mangsa dipenggal.

Semua empat beradik Muktadil mati ditembak tentera Filipina manakala seorang lagi ditangkap dan dipenjarak­an.

“Kematian Badong ini memberi tamparan hebat kepada kumpulan militan Abu Sayyaf terutama sekali terhadap aktiviti penculikan dan keganasan,” kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Cirilito Sobejana.

Menurutnya, Badong dikehendak­i pihak berkuasa kerana menculik, membunuh dan menyerang kapal asing di perairan sempadan dengan Malaysia.

Antara serangan terbaru, kumpulan yang diketuai Badong ialah menculik enam anak kapal sebuah kapal kargo milik Vietnam dan membunuh seorang kru pada Februari lalu.

Seorang anak kapal yang diculik itu ditemui mati ketika pertempura­n antara tentera dengan militan Abu Sayyaf di Jolo pada Julai lalu.

Abu Sayyaf dipercayai masih menahan kira-kira 20 tebusan termasuk 14 warga asing di Jolo dan kawasan berhampira­n, Basilan.

Kumpulan itu biasanya membunuh dengan memenggal tebusan sekiranya tuntutan wang tebusan tidak dilayan. - Agensi

 ??  ?? BRAUN, adik.
BRAUN, adik.
 ??  ?? NELSON, adik.
NELSON, adik.
 ??  ?? BADONG
BADONG
 ??  ?? KADAFI, adik.
KADAFI, adik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia