Harian Metro

Angkara pelampau kulit putih

- Agensi

Donald Trump dikecam kerana enggan selar keganasan kumpulan nasionalis

Perhimpuna­n ratusan nasionalis kulit putih di Virginia bertukar menjadi ganas kelmarin apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah perhimpuna­n berkenaan, menyebabka­n seorang terbunuh.

Gabenor negeri itu menyalahka­n kumpulan nasionalis kerana mencetuska­n kekacauan di bandar Charlottes­ville, tempat kumpulan bertentang­an bergaduh menggunaka­n batu dan penyembur lada selepas penunjuk perasaan nasionalis berhaluan pelampau berhimpun untuk menentang rancangan mengalihka­n patung seorang wira perang saudara Amerika Syarikat. Cape Town: Seorang ahli bina badan Afrika Selatan meninggal dunia akibat kecederaan mengerikan selepas dia cuba melakukan ‘somersault’ ketika menyertai satu pertanding­an.

Tengkuk Sifiso Lungelo Thabete patah apabila dia jatuh kepala dulu ketika melakukan aksi itu.

Pegawai meluru ke arah bekas juara dunia peringkat remaja itu apabila dia kaku di atas gelanggang kelmarin.

Dalam video yang dimuat naik ke Internet, Thabete dilihat memasuki gymnasium dan mempamerka­n ototnya kepada penonton.

Peserta berusia 23 tahun itu kemudian berlari ke tengah pentas, melompat dan cuba melakukan somersault.

Bagaimanap­un, badannya tidak cukup momentum untuk berpusing menyebabka­n dia jatuh ke lantai dengan belakang kepalanya dulu.

Dia terguling dan kaku di tengah gelanggang sebelum beberapa orang meluru untuk membantuny­a.

Menurut persatuan bina badan Afrika Selatan, Thabete memang sering melakukan somersault setiap kali

Sebuah kereta kemudian merempuh orang ramai menyebabka­n seorang wanita berusia 32 tahun terbunuh.

Video yang dimuat naik di media sosial menunjukka­n berada di gelanggang.

Presiden eksekutif persatuan, Wayne Price berkata: “Dia mungkin tergelinci­r kerana memakai stokin kali ini, beberapa orang melambung ke udara dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, dua anggota polis Virgina terbunuh dalam nahas helikopter ketika membantu pasukan keselamata­n di darat mengawasi keadaan tegang dari udara.

Gabenor Virginia, Terry McAuliffe dari parti Demokrat mengisytih­arkan darurat di negeri itu dan mengharamk­an perhimpuna­n nasionalis kulit putih.

Pergaduhan yang berlaku itu menunjukka­n kemunculan semula pergerakan pelampau kulit putih selepas bertahun-tahun terlindung di sebalik bayangan politik arus perdana negara itu.

Bercakap di padang golf di atau badannya mungkin tidak cukup momentum untuk berpusing, menyebabka­n dia jatuh kepala dulu.” - Agensi New Jersey, Trump mendakwa keganasan itu membabitka­n banyak pihak, menyebabka­n dia dikecam daripada pelbagai sudut kerana tidak mengecam kumpulan pelampau kulit putih itu.

Sementara itu, polis menahan seorang lelaki dari Ohio, Alex Fields Jr, 20, pemandu yang merempuh orang ramai dengan keretanya atas tuduhan membunuh dengan niat tanpa merancang.

Kejadian berlaku tidak jauh dari patung Robert E Lee yang mengetuai tentera Konfederat dalam Perang Saudara Amerika.

Sembilan orang cedera, lima daripada mereka parah akibat perbuatan Fields, penyokong kumpulan pelampau berkenaan..

Tokoh Demokrat, aktivis dan beberapa anggota kanan Republikan berkata, Trump tidak mempunyai alasan un- tuk tidak mengecam kumpulan pelampau itu.

“Tuan Presiden - kita perlu panggil kejahatan dengan namanya. Mereka adalah pelampau kulit putih dan ini masalah dalam negara,” tulis Senator Cory Gardner di Twitter.

Keganasan bermula Jumaat malam apabila ratusan pelampau kulit putih berarak sambil membawa obor di kampus Universiti Virginia yang pemerhati dakwa hampir sama dengan perhimpuna­n Ku Klux Klan.

Mereka disambut oleh penunjuk perasaan yang menentang perhimpuna­n berkenaan.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n beberapa penunjuk perasaan membantah pelampau kulit putih melambung selepas dirempuh sebuah kereta.
- Agensi SEORANG penyokong pelampau kulit putih diserang oleh kumpulan yang membantah perhimpuna­n kumpulan itu. - Reuters
GAMBAR menunjukka­n beberapa penunjuk perasaan membantah pelampau kulit putih melambung selepas dirempuh sebuah kereta. - Agensi SEORANG penyokong pelampau kulit putih diserang oleh kumpulan yang membantah perhimpuna­n kumpulan itu. - Reuters
 ??  ?? GAMBAR kiri, Thabete berjalan masuk ke gelanggang dan gambar kanan, dia melakukan somersault. - Agensi
GAMBAR kiri, Thabete berjalan masuk ke gelanggang dan gambar kanan, dia melakukan somersault. - Agensi
 ??  ?? PELAMPAU kulit putih (kiri) cuba menyerang penunjuk perasaan yang menentang perhimpuna­n kumpulan itu di Charlottes­ville. - Reuters
PELAMPAU kulit putih (kiri) cuba menyerang penunjuk perasaan yang menentang perhimpuna­n kumpulan itu di Charlottes­ville. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia