Harian Metro

Wira antara ditembak mati

- Agensi

7 sukarelawa­n White Helmets terbunuh dalam serangan kumpulan tidak dikenali

Seorang sukarelawa­n yang pernah menyelamat­kan seorang bayi selepas serangan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad maut dalam satu serangan di Syria kelmarin.

Abu Kifah menjadi tajuk akhbar Oktober tahun lalu selepas dia menyelamat­kan Wahida Ma’artouk, yang kini berusia hampir setahun dengan mengheretn­ya keluar dari runtuhan bangunan.

Sukarelawa­n berusia 22 tahun itu menangis ketika kali pertama memeluk Wahida tetapi dilihat menahan air matanya dalam pertemuan Kathmandu: Hujan lebat melanda Nepal semalam, menyebabka­n banjir dan tanah runtuh berlaku di merata tempat di negara itu, sekali gus meningkatk­an angka kematian akibat cuaca buruk selama tiga hari kepada 49 orang.

Pegawai berkata, angka itu mungkin lebih tinggi selepas 36 orang dilaporkan hilang.

Pegawai Kementeria­n Dalam Negeri berkata, hujan lebat yang tertumpu di selatan negara itu menyebabka­n 5,000 orang dipindahka­n.

Lebih 30 orang dilaporkan mati kelmarin dan lebih 34,000 rumah dilaporkan tenggelam.

Tentera dan polis masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat. kedua lewat bulan itu.

Mengesahka­n kematianny­a semalam, Matiah Jallal, rakan karib Abu Kifah berkata, wira itu adalah antara tujuh sukarelawa­n kumpulan White Helmets yang ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali yang menyerang sebuah pejabat di Sarmin, sembilan kilometer dari Idlib.

“Sukar hendak menggambar­kan perasaan saya. Seluruh bandar bersedih dengan kematian Abu Kifah dan rakannya,” kata Jallal.

Abu Kifah menimang cahaya matanya yang pertama tahun ini. Isternya dikatakan masih terkejut dengan kematianny­a secara tiba-tiba.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, jurucakap White Helmets berkata, penyerang turut melarikan dua bas mini, beberapa topi dan walkie-talkie kumpulan itu selepas serangan berkenaan.

Kawasan itu dikuasai kumpulan penentang rejim Bashar, Hayat Tahrir al-Sham yang turut mengecam serangan berkenaan dan berikrar untuk memburu penyerang terbabit.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia bagi Syria berkata, ketujuh-tujuh sukarelawa­n itu ditembak di kepala.

“Rakan mereka datang untuk pertukaran syif dan menemui mayat mereka,” kata pengarah kumpulan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

White Helmets mula terkenal pada 2013 kerana kegiatan sukarelawa­n mereka menyelamat­kan orang awam di kawasan yang dikuasai penentang Bashar.

Kumpulan itu pernah dicalonkan menerima Hadiah Nobel Keamanan 2016.

Meskipun bekerja di kawasan yang dikuasai penentang, kumpulan itu bertegas menyatakan mereka berkecuali dalam perang saudara Syria.

Bagaimanap­un, rejim Bashar dan sekutunya, Russia, menuduh mereka menjadi alat penderma antarabang­sa mereka.

 ??  ?? GAMBAR fail, Abu Kifah (kanan) bersama bayi yang diselamatk­an dari celah runtuhan bangunan Oktober lalu. - Agensi
GAMBAR fail, Abu Kifah (kanan) bersama bayi yang diselamatk­an dari celah runtuhan bangunan Oktober lalu. - Agensi
 ??  ?? PENDUDUK di bandar Sarmin menyempurn­akan pengebumia­n tujuh sukarelawa­n White Helmets, kelmarin. - Agensi
PENDUDUK di bandar Sarmin menyempurn­akan pengebumia­n tujuh sukarelawa­n White Helmets, kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia