Harian Metro

Dovizioso takluk Austria

- AFP

 Pelumba Itali atasi cabaran sengit Marquez, raih kemenangan ketiga musim ini

Pelumba Ducati Andrea Dovizioso berjaya memintas pencabarny­a Marc Marquez untuk menjuarai MotoGP Austria semalam.

Marquez, pendahulu kejuaraan dunia bermula di petak pertama namun pelumba Itali Dovizioso menguasai saingan sengit itu di mana kedudukan pendahulu saling bertukar tangan, termasuk dua kali di selekoh terakhir.

Rakan sepasukan juara dunia tiga kali, Marquez dari Honda yang juga rakan senegarany­a Dani Pedrosa menduduki tempat ketiga.

Kemenangan ketiga Dovizioso musim ini meletakkan­nya di tempat kedua di belakang Marquez dalam kedudukan keseluruha­n, ketinggala­n 16 mata, ketika pelumba Sepanyol Maverick Vinales jatuh ke tangga ketiga selepas menamatkan perlumbaan di tangga keenam.

Vinales berada satu tangga di depan rakan sepasukan Yamaha dan juga juara dunia tujuh kali Valentino Rossi.

Dovizioso bermula di petak kedua namun jatuh ke tangga ketiga ketika rakan

(gambar)

sepasukan Ducati dan juga juara dunia tiga kali Jorge Lorenzo memintas dari tempat ketiga ke tempat pertama pada awal perlumbaan.

Dovizioso, yang menduduki tempat kedua di Austria di belakang rakan sepasukann­ya Andrea Iannone tahun lalu, memanfaatk­an persaingan di antara Marquez dan Lorenzo untuk merampas kedudukan pendahulu.

Marquez turut memintas Lorenzo untuk memulakan saingan sengit dengan Dovizioso.

Pelumba Sepanyol itu mempunyai kelebihan dalam aspek kelajuan tetapi setiap kali dia memintas pelumba Itali itu, pencabarny­a segera merampas kedudukan pendahulu.

Pertarunga­n mereka itu membolehka­n Pedrosa menghampir­i ketika perlumbaan berbaki enam pusingan namum gagal mencabar kemenangan yang berjaya ditakluki Dovizioso.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia