Harian Metro

J Pesta jaringan

 Bayern, Dortmund tiada masalah atasi lawan

- AFP

aringan hatrik Pierre-Emerick Aubameyang (gambar) dan dua gol sumbangan Robert Lewandowsk­i menyaksika­n Borussia Dortmund dan Bayern Munich masing-masing mara ke pusingan kedua Piala Jerman semalam.

Juara bertahan Dortmund mencatat kemenangan mudah 4-0 ke atas pasukan divisyen keenam Riesalinge­n-Arlen, manakala Bayern menang 5-0 ke atas kelab divisyen ketiga Chemnitz.

Lewandowsk­i membuka jaringan buat Bayern selepas 20 minit menerusi sepakan percuma sebelum juara Bundesliga itu menggandak­an jaringan menerusi serangan balas pada separuh masa kedua menerusi Kingsley Coman.

Pemain baru Corentin Tolisso membantu jaringan ketiga Bayern melakukan hantaran rendah ke arah Lewandowsk­i untuk gol keduanya pada hari ini.

Meneruskan rentak kemenangan, Franck Ribery meledak gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-79 manakala Mats Hummels menanduk jaringan kelima Bayern sebelum wisel terakhir.

“Perkara paling penting hari ini adalah mara ke pusingan kedua,” kata Lewandowsk­i.

“Adalah penting untuk menjaringk­an gol pertama dan ia tidak selalunya mudah. Kami tidak mempunyai banyak ruang hari ini, Chemnitz bermain secara bertahan.”

Dortmund mendominas­i sejak wisel pertama apabila pertahanan Marc Bartra memberikan pasukan kendalian Peter Bosz gol awal pada minit ke-12 dan Aubameyang menjadikan kedudukan 2-0 menerusi penalti sebelum tamat separuh masa pertama.

Aubameyang menjaringk­an gol kedua melepasi penjaga gol Dennis Klose pada minit ke-55 dan melengkapk­an hatrik 10 minit sebelum tamat permainan.

“Saya benar-benar gembira dengan kemenangan ini,” kata Aubameyang.

“Kami laksanakan apa yang dirancang. Ia bukan aksi terbaik kami tetapi secara keseluruha­nnya, kami boleh bergembira dengan apa yang dilakukan hari ini.”

Hoffenheim, bagaimanap­un gagal mempamerka­n aksi meyakinkan menjelang aksi pertama play-off Liga Juara-Juara menentang Liverpool awal pagi Rabu.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann bergelut sebelum menang 1-0 ke atas pasukan divisyen ketiga Rot-Weiss Erfurt.

 ??  ?? PEMAIN Chemnitz Tom Scheffel (kanan) mengasak Lewandowsk­i.
PEMAIN Chemnitz Tom Scheffel (kanan) mengasak Lewandowsk­i.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia