Harian Metro

CIPTA FORMASI BARU 10 PEMAIN

- AFP

 Inisiatif Conte selepas pemain gagal kawal emosi di padang

London

Pengurus Chelsea Antonio Conte terpaksa menerima hakikat beliau mungkin perlu menggunaka­n formasi baru dalam pasukannya jika pemain mereka terus dibuang padang.

Selepas beraksi dengan 10 pemain dalam final Piala FA dan Perisai Komuniti, anak buah Conte menamatkan aksi pembukaan dalam misi mempertaha­nkan gelaran Liga Perdana Inggeris dengan hanya sembilan pemain selepas Gary Cahill dan Cesc Fabregas dibuang padang dengan kekalahan 2-3 kepada Burnley di Stamford Bridge kelmarin.

Keputusan itu membuatkan pengurus kelahiran Itali itu khuatir dengan kemampuan pemainnya mengawal emosi apabila rakan sepasukan mereka dibuang padang.

“Saya melihat dua wajah pasukan saya hari ini,” kata Conte selepas perlawanan yang menyaksika­n Chelsea ketinggala­n 0-3 sebelum tamat separuh masa.

“Satu positif pada separuh masa kedua, satu lagi negatif pada separuh masa pertama. Kami kehilangan rentak selepas kad merah pertama dan bolos tiga gol.

“Kami perlu memperbaik­i aspek ini kerana situasi seperti ini boleh berlaku.”

Tambahnya: “Kami perlu berfikir bahawa perlawanan masih berbaki dan perlu melakukan yang terbaik. Kami juga perlu mempunyai pengalaman yang tepat untuk menangani situasi ini.

“Saya perlu mula mengkaji formasi baru dengan 10 pemain kerana keadaan ini merisaukan.”

Analisis berani Conte selepas perlawanan itu tidak syak lagi diinspiras­ikan oleh kebangkita­n Chelsea pada separuh masa kedua, pertama dengan 10 pemain selepas Cahill dibuang padang pada minit ke-14 kerana terjahan ke atas Steven Defour dan kemudian sembilan pemain apabila Fabregas dilayangka­n kad kuning kedua.

Pengurus Chelsea itu tidak dapat menurunkan Pedro, Eden Hazard dan pemain baru Tiemoue Bakayoko akibat kecederaan, biarpun penyerang Alvaro Morata cemerlang sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, menjaringk­an satu gol dan membantu jaringan David Luiz.

“Kami cuba menyerang dengan cara yang betul pada separuh masa kedua,” kata Conte.

“Kami tidak hilang keseimbang­an dan saya boleh berbangga dengan kehebatan komitmen, keinginan dan kesungguha­n ditunjukka­n pemain biarpun amat sukar untuk mengubah keputusan pada separuh masa kedua.

“Saya tidak bimbang krana kami perlu percaya apa yang diusahakan. Hari ini kami kehilangan tiga pemain akibat kecederaan dan seorang lagi digantung.

“Sudah pasti dua pemain kami iaitu Cahill and Fabregas tidak akan beraksi akibat penggantun­gan pada perlawanan seterusnya, tetapi kami akan mencari penyelesai­an sesuai.”

Sementara itu, pengurus Burnley Sean Dyche sedar bahawa kemenangan ke atas pasukan juara pada hari pembukaan itu hanya langkah kecil buat pasukan itu mengekalka­n kedudukan mereka dalam Liga Perdana.

“Keputusan ini memadamkan kisah kemenangan di tempat lawan pada musim ini tetapi kami tidak akan terleka,” kata Dyche.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia