Harian Metro

Klopp bukan penentu nasib Coutinho

-

Watford: Jurgen Klopp menegaskan masa depan Philippe Coutinho di Liverpool akan ditentukan pemilik kelab itu berikutan bidaan demi bidaan dilakukan untuk mendapatka­n bintang Brazil itu.

Coutinho berminat menyertai Barcelona dan penyerang Reds itu menghantar permohonan perpindaha­n 24 jam sebelum Liverpool memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan keputusan seri 3-3 di Watford kelmarin.

Pemain berusia 25 tahun itu yang terlepas kunjungan ke Vicarage Road berikutan masalah belakang menjadi sasaran utama Barcelona untuk menggantik­an Neymar berikutan perpindaha­n pemain Brazil itu dengan rekod dunia ke Paris Saint Germain.

Bidaan Barca sebanyak £90 juta (RM503.2 juta) ke atas Coutinho ditolak minggu ini, mendorong pemain itu membuat keputusan mendesak mahu meninggalk­an kelab itu.

Namun pemilik Liverpool yang berpangkal­an di Amerika Syarikat , Fenway Sports Group, menegaskan dalam satu kenyataan Jumaat lalu bahawa Coutinho tidak akan dibenarkan meninggalk­an Anfield pada sebarang harga sekalipun.

Keliru dengan situasi berikutan perlawanan dengan Watford, pengurus Reds Klopp tetap menjelaska­n bahawa masa depan Coutinho di luar kawalannya.

“Sebagai pengurus

kelab bola sepak, saya mempunyai majikan dan jika majikan membuat keputusan, sebagai contoh, kami menjual pemain atau tidak, saya perlu menerimany­a. Jika mereka tidak menjualnya, saya tidak mempunyai sebarang kaitan,” kata Klopp.

“Saya bertanggun­gjawab ke atas semua pemain, bukan hanya seorang, dua atau tiga. Saya tidak boleh berkata apa-apa.”

Kontrovers­i membabitka­n Coutinho menambah lagi kekecewaan Klopp selepas Liverpool mensia-siakan peluang mencatat kemenangan pada hari pembukaan apabila gagal menghalang gol penyamaan Watford pada minit terakhir. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? CONTE buntu dengan kehilangan
ramai pemain dalam pasukan.
CONTE buntu dengan kehilangan ramai pemain dalam pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia