Harian Metro

Adam raih lapan mata berharga di Austria

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Lumpur: Prestasi memberangs­angkan terus dipamerkan pelumba Moto3 negara Adam Norrodin apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di tempat kelapan untuk meraih lapan mata berharga sekali gus penamat terbaik sepanjang kariernya setakat ini.

Keputusan itu mengatasi keputusan di GP Republik Czech minggu lalu yang menyaksika­nnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-9.

Meskipun hanya bermula dari petak ke-15, Adam yang beraksi bersama SIC Racing Team mempamer tunggangan meyakinkan apabila mampu bersaing dengan kelompok depan dalam usahanya memperoleh penamat terbaik.

Bagaimanap­un dia mengakui gagal bermula baik sehingga memaksanya untuk bangkit semula selepas pusingan pertama.

“Saya agak bergelut kerana gagal bermula baik tapi semua pelumba juga dilihat berada pada prestasi terbaik.

“Kami mampu melakukan yang terbaik pada perlumbaan ini kerana jentera mempunyai kepantasan. Yang penting,saya dapat bangkit semula selepas itu.

“Sudah tentu saya sangat gembira kerana mampu bersaing dengan kelompok depan yang berpeluang meraih podium,” katanya.

Sementara itu, dalam saingan Moto2, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia, Hafiz Syahrin Abdullah juga mempamer aksi cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 sekalipun bermula dari petak ke-21.

Hafiz sepatutnya bermula di petak ke-12, namun dia dikenakan penalti kerana tekanan angin tayar belakang tidak menepati spesifikas­i semasa sesi kelayakan.

Bagaimanap­un masalah itu langsung tidak mengganggu tumpuannya yang berjaya mengutip enam mata.

 ??  ?? AKSI Adam (kanan) pada perlumbaan GP Austria, semalam.
AKSI Adam (kanan) pada perlumbaan GP Austria, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia