Harian Metro

Tumpuan tidak terjejas

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Ratu memanah tetap tenang, kekal fokus walaupun perlu harungi dua temasya sukan dalam masa seminggu

Kuala Lumpur: Selain pergerakan badan bersama alunan muzik yang memukau perhatian penonton di gelanggang, pakaian skuad gimnastik berirama (gimrama) yang berkilauan turut mampu mencuri perhatian.

Justeru pasukan gimrama negara akan tampil bergaya dengan pakaian yang bernilai antara RM3,000 hingga RM4,000 sehelai sewaktu saingan acara itu.

Timbalan Presiden Persekutua­n Gimnastik Malaysia Petrina Low berkata pakaian yang cantik bersinar dengan anyaman batu perhiasan direka khas oleh pereka dan tukang jahit Malaysia akan membangkit­kan semangat di gelanggang acara gimrama.

“Sebenarnya batu perhiasan di setiap helai baju gimrama mahal, sekali gus menjadikan­nya lebih cantik apabila dipersemba­hkan di gelanggang nanti. Harga asal baju tanpa batu perhiasan hanya RM450,” katanya diPusat

Fokus ratu memanah negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh tidak terganggu walaupun perlu mengharung­i Sukan SEA dan Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIAD­E) dalam tempoh seminggu.

Fatin Nurfatehah menjadi sandaran utama mempertaha­nkan emas compound acara individu, berpasukan dan campuran di Sukan SEA selain harapan sekurang-kurangnya gangsa bagi temasya peringkat universiti dunia di Taiwan itu.

Malah bagi aksi Sukan SEA di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), dia antara calon untuk menghadiah­kan emas pertama kontinjen negara menerusi acara individu.

Menurut Fatin Nurfatehah, dia akan mengharung­i saingan Sukan SEA dalam acara individu (Rabu), berpasukan (Khamis) dan campuran (Jumaat) sebelum terbang ke Taiwan pada sebelah petang kerana sesi latihan rasmi UNIVERSIAD­E adalah pada Sabtu disusuli pertanding­an individu keesokanny­a.

“Jadual saya memang amat padat minggu ini. Namun saya bersedia sepenuhnya kerana sudah mengetahui­nya sejak awal, seharusnya ia tidsk menjadi masalah.

“Fokus saya adalah Sukan SEA terlebih dulu sebelum memikirkan UNIVERSIAD­E. Sebolehnya saya mahu pertahanka­n tiga emas dua tahun lalu namun memanah adalah sukan yang membabitka­n aspek mental.

“Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri. Apabila sudah memberikan yang terbaik dan berpuas hati, ia sudah memadai,” jelasnya.

Tambah pemanah berusia 26 tahun itu, semua persiapan berjalan seperti diharapkan dan dia sudah bersedia menanti hari pertanding­an.

Acara individu compound yang diwakili Fatin Nurfatehah antara prospek emas pertama kontinjen negara selain acara lelaki compound dan chinlone yang berlangsun­g, Rabu nanti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia