Harian Metro

Acara pecut bakal akhiri kemarau

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Skuad negara mempunyai peluang menamatkan kemarau emas sejak lebih sedekad lalu dalam beberapa acara apabila memulakan saingan olahraga bermula.

Acara tumpuan pastinya 100 dan 200 meter lelaki yang kali terakhir dimenangi negara menerusi Nazmizan Muhammad di Hanoi pada 2003.

Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dilihat berpotensi menyertai senarai pendek pelari negara yang memenangi acara 100m seperti antaranya Tan Sri Dr M Jegathesan (1965) dan G Rajalingam (1967).

Ia susulan kejayaan Khairul memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.18 saat, tahun lalu sebelum memperbaik­i rekod kebangsaan Jegathesan dalam acara 200m yang bertahan sejak 1968 menerusi masa 20.90s di Terbuka Malaysia, bulan lalu.

“Kali ini, saya fikir Khairul mungkin memecahkan rekod 100m kebangsaan sekali lagi,” kata jurulatihn­ya Mohd Poad Md Kassim.

“Tapi saya tidak letakkan sebarang sasaran pingat sebaliknya hanya mengharapk­an dia memberikan yang terbaik dan jika boleh mencatatka­n masa peribadi terbaik.”

Atlet lontar peluru Ziyad Zolkefli pula dalam kedudukan bukan saja berpeluang memenangi emas Sukan SEA sejak Arjan Singh pada 1993 tetapi juga menjadi atlit paralimpik pertama melakukann­ya.

“Saya harap dapat melakukan yang terbaik,” kata Ziyad yang catatan peribadi terbaiknya, 17.29m memenangi emas di Kejohanan Para Olimpik Dunia, bulan lalu, sekali gus meletakkan­nya antara pencabar utama di Sukan SEA.

“Kelahiran anak juga memberikan saya tambahan motivasi, jadi tolong doakan kejayaan saya.”

Rayzam Shah Wan Sofian pula berharap dapat menamatkan kemenangan empat kali berturut-turut seteru utamanya, Jamras Rittidet dari Thailand dalam acara 110m berpagar. Rayzam memenangi emas acara ini pada 2007 sebelum dikuasai oleh Jamras.

“Saya tidak fikir sangat mengenai Jamras. Jika dia berlari, saya perlu menewaskan­nya, sama seperti pelari lain juga,” katanya yang memecahkan rekod kebangsaan milik Nurherman Majid dengan catatan 13.67s, tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia