Harian Metro

Resah ancaman tuan rumah

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali Singapura Richard Tardy bimbang kempen bola sepak mereka mungkin berakhir Rabu depan selepas diundi menentang Myanmar dan tuan rumah, Malaysia pada dua perlawanan terawal Kumpulan A.

Menurutnya, Singapura perlu mendapatka­n keputusan baik menerusi kedua-dua perlawanan itu untuk menghidupk­an peluang mara ke separuh akhir.

“Tidak ada yang positif atau negatif, kami perlu bermain sebagai satu pasukan.

“Kami perlu mendapatka­n keputusan yang bagus daripada dua perlawanan ini untuk layak. Sebanyak 50 peratus anggota skuad ini berusia bawah 20 tahun, jadi ia bukan mudah.

“Banyak tekanan dan juga harapan yang diletakkan pada kami,” katanya merujuk kepada perlawanan menentang Myanmar di Stadium Selayang, esok dan Malaysia di Stadium Shah Alam, Rabu depan, pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Singapura yang turut akan berdepan Brunei dan Laos dalam dua perlawanan lain Kumpulan A tidak pernah memenangi emas acara bola sepak Sukan SEA.

Kali terakhir mereka layak ke final pada 1989 apabila tewas 1-3 kepada Malaysia di Stadium Merdeka.

Selepas gagal mara ke separuh akhir di gelanggang sendiri dua tahun lalu, satu lagi penyingkir­an awal mungkin sesuatu yang tidak dapat diterima penyokong Singapura.

“Saya harap kami dapat mempamerka­n bola sepak baik tapi ia pasti sukar,” kata Tardy yang berada dalam mood kurang baik kerana tiba lewat.

“Kami menghormat­i semua pasukan tapi perlawanan pertama kejohanan ini sangat penting dan selepas itu kami lihat apa yang berlaku.”

Kebanyakan pemain Singapura terbentuk daripada kelab pembanguna­n Young Lions yang beraksi dalam Liga-S dengan nama paling dikenali Irfan Fandi, dilihat cuba mengulangi pencapaian ayahnya Fandi Ahmad, yang jaringanny­a pernah membantu negara itu mara ke final 1989.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemain Singapura ketika tiba di KLIA.
SEBAHAGIAN pemain Singapura ketika tiba di KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia