Harian Metro

Sifat pemalu kian terhakis

- DARI MUKA 1

Redza akui Ayda bantu dirinya untuk jaga hubungan dengan orang sekeliling

“Mungkin ramai tidak tahu sudah lima tahun saya mengenali Ayda. Cuma kami jarang berlakon bersama. Jadi apabila kami bekerjsama dalam satu drama, hubungan jadi lebih rapat.

Melihat keakraban ini, peminat atau sesiapa saja akan menganggap kami bercinta.

“Dalam perkara ini, saya lebih selesa mengatakan kami berkawan. Cuma tidak dinafikan dia wanita paling rapat dengan saya sekarang. Dalam erti kata lain kami dalam proses mengenali hati budi,” katanya.

Redza berkata, sejak mengenali Ayda sifat pemalunya berkurang.

Malah Redza mengakui Ayda banyak menasihati dan membantuny­a agar lebih menjaga hubungan dengan orang sekeliling.

“Saya malu berdepan dengan orang terutama wanita kerana itu saya kekok setiap kali ditanya mengenai hubungan dengan Ayda. Bukan apa, adik-beradik semuanya lelaki, jadi saya tak biasa.

“Namun apabila terbabit dalam bidang seni, rasa malu mula berkurang malah tahap keyakinan diri juga semakin tinggi. Ayda banyak membantu saya,” katanya.

Disebabkan sikap pemalu juga, Redza sering dianggap sombong oleh segelintir pihak.

“Bukan sombong tetapi saya tak tahu macam mana mahu memulakan perbualan. Saya tak tahu apa yang perlu dibualkan seterusnya.

“Saya sentiasa fikir bukan semua orang boleh terima cara kita. Saya bimbang jika keramahan saya mengundang rasa kurang selesa orang sekeliling,” katanya.

Terdahulu Redza ditemui pada majlis pelancaran Tonton di Brunei yang diadakan di Amphitheat­er Jerudong Park, Bandar Seri Begawan.

Redza selaku wajah Tonton menyifatka­n kerjasama ini satu lagi peluang untuknya mendekati peminat di negara luar.

“Bagi saya ini platform yang bagus untuk orang luar menonton karya kita. Pada masa sama ia memberi peluang kepada saya untuk mendekati mereka. Selepas Singapura, kini giliran orang Brunei pula.

“Kerjasama sebegini juga satu usaha yang boleh merapatkan hubungan peminat dengan artis. Malah setiap aktiviti yang dijalankan juga memberi peluang kepada mereka untuk lebih dekat dengan kami,” katanya.

Perkembang­an lain, Redza bakal terbabit dalam penggambar­an telefilem Fatonah Azali di samping Nad Zainal dan Raja Azura. Selepas itu, Redza juga terbabit dalam drama Zahir Tak Terucap untuk slot Zehra, TV3. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia