Harian Metro

WATAK MENCABAR USIA MUDA

- DARI MUKA 1

Neera harap jadi titik permulaan untuk daki puncak populariti

Pada masa sama, Neera berharap naskhah terbabit menjadi pembuka jalan untuknya melebarkan portfolio lakonan.

“Saya akui gementar apabila memikirkan reaksi awal penonton.

“Maklumlah, ini percubaan pertama saya. Sudah tentu banyak perkara yang akan dinilai mereka. Bagaimanap­un, saya bersedia mendengar sebarang komen negatif bagi memperbaik­i mutu persembaha­n.

“Saya juga berharap drama ini menjadi titik permulaan untuk mendaki puncak populariti. Kalau boleh saya mahu kehadiran lebih disedari orang ramai,” katanya.

Siapa sangka, dalam usia semuda itu Neera diberikan watak mencabar selepas pernah tampil sebagai Doktor Anisa menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz.

Ternyata impak lakonan yang dipamerkan menerusi drama itu melekat di hati penonton hingga ke hari ini.

“Saya gembira apabila watak doktor Anisa terus diingati malah ke mana saja saya pergi, akan dipanggil dengan nama itu. Diakui drama Sayangku Kapten Mukhriz membawa tuah kepada saya walaupun sekadar memegang watak pembantu.

“Kini saya dikenali sebagai Kapten Khalisha. Syukur, produksi mempercaya­i kebolehan saya.

“Setiap kali dapat watak, saya akan buat penyelidik­an. Drama

Miss Kapten Cikgu Waiz misalnya, saya banyak rujuk kakak yang bekerja sebagai pramugari. Dia menemukan saya dengan rakannya agar dapat menjiwai karakter ini dengan berkesan,” katanya yang bakal melakonkan watak peguam menerusi drama Sedingin Cinta Antasya terbitan HyppTV tidak lama lagi.

Beralih sisi peribadi, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap ini mengakui masih solo dan belum bersedia menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Malah, apabila digosipkan dengan rakan gandingann­ya iaitu Erwin Dawson, Neera pantas menjelaska­n hubungan mereka tidak lebih daripada rakan artis.

“Saya berkawan dengan semua orang. Saya masih solo dan belum terbuka hati untuk bercinta.

“Ramai mula bercakap mengenai keakraban saya dan Erwin. Untuk pengetahua­n semua, kami hanya sekadar rakan kerja, selebihnya lebih manis dijawab oleh Erwin sendiri,” katanya seraya ketawa.

Menurut Neera, ketika nekad menceburi kerjaya lakonan dia sudah mempersiap­kan diri untuk berdepan apa sahaja kemungkina­n termasuk dihimpit kontrovers­i.

“Sebagai pelakon yang masih ‘hijau’ tidak dinafikan wujud kebimbanga­n jika terpalit cerita kurang enak.

“Saya sedar artis dan gosip tidak dapat dipisahkan tetapi kalau boleh biarlah dijauhkan. Bagaimanap­un, saya kena berlapang dada dan sentiasa bersedia.

“Syukur, setakat ini belum ada cerita kurang manis mengenai saya diperkatak­an dan harap berterusan begini,” katanya.

Kini saya dikenali sebagai Kapten Khalisha.

Syukur, produksi mempercaya­i kebolehan saya

neera

 ??  ??
 ??  ?? PAKAIAN BIANCO MIMOSA SOLEKAN ANGGUN BY DEANNA (IG @ANGGUNBYDE­ANNA)
PAKAIAN BIANCO MIMOSA SOLEKAN ANGGUN BY DEANNA (IG @ANGGUNBYDE­ANNA)
 ??  ?? NEERA dan gandingann­ya,
Erwin Dawson dalam Miss Kapten Cikgu Waiz.
NEERA dan gandingann­ya, Erwin Dawson dalam Miss Kapten Cikgu Waiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia