Harian Metro

Bosan watak klise

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Amar Asyraf anggap mengarah teater lebih memberi kepuasan

Pelakon dan pengarah teater Amar Asyraf mengakui masih menanti watak yang mampu mencabar lakonannya selepas sedekad berkecimpu­ng dalam arena seni tanah air.

Pemilik nama sebenar Amar Asyraf Zailuddin,

30, ini berkata, dia sudah bosan membawakan karakter klise dan berharap diberikan tugasan berbeza selepas ini.

“Majoriti skrip dan jalan cerita drama yang ditawarkan terlalu biasa dan klise.

“Sampai satu tahap saya berasa bosan dan sudah tidak mencabar.

“Namun, ia tidak bermaksud saya mahu berhenti berlakon kerana ia periuk nasi untuk menyara keluarga. Apatah lagi saya sudah memiliki anak.

“Jika ada watak mencabar, saya pasti terima tawaran itu,” katanya.

Amar kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja pengarahan pementasan teater yang lebih memberikan kepuasan kepada dirinya.

“Saya baru selesai mengarah teater Perempuan Satu Malam yang dipentaska­n di Auditorium Taman Budaya, Jalan Tun H S Lee pada 28 hingga 30 Julai lalu.

“Teater ini dbintangi Ellie Suriaty, Mardiana Alwi dan Amanda Misbun.

“Ia sangat mencabar kerana saya perlu bekerjasam­a dengan pelakon dan pengarah hebat seperti Ellie,” katanya.

DUTA PRODUK PENCUCI LELAKI

Selain berlakon dan mengarah teater, Amar juga dipilih sebagai duta produk pencuci alat sulit lelaki.

Mengulas perkara itu, Amar berkata, lelaki juga perlu menjaga kebersihan dalaman seperti wanita.

“Produk ini bukan sekadar mencuci bahagian sensitif lelaki, tetapi turut membantu menjaga kesihatan dalaman mereka yang sudah berkahwin,” katanya.

Sebagai selebriti, Amar berkata, dia tidak berasa malu dilantik sebagai duta produk berkenaan.

“Produk ini untuk kesihatan lelaki dan belum ada di pasaran lagi.

“Sebagai duta, saya akan turun padang bagi mempromosi­kan produk ini termasuk di laman sosial,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Ia sangat mencabar kerana saya perlu bekerjasam­a dengan pelakon dan pengarah hebat seperti Ellie
Ia sangat mencabar kerana saya perlu bekerjasam­a dengan pelakon dan pengarah hebat seperti Ellie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia