Harian Metro

Gandingan suami isteri

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Nabila, Izwan kongsi pengalaman tinggal dalam karavan

di Australia dalam Selera Romantis

Program terbaru Selera Romantis yang akan bersiaran di saluran TV1 mulai esok buat julung kalinya menganding­kan pelakon Nabila Huda dan suaminya, Izwan Johar sebagai pengacara.

Bersiaran setiap Isnin dan Selasa, jam 12 tengah hari, program 13 episod ini memaparkan lokasi menarik serta keindahan Australia.

Pasangan suami isteri ini berkongsi pengembara­an mencabar mereka tinggal dalam karavan selain perlu menyediaka­n makanan daripada bahan-bahan tempatan.

Di Gold Coast, Izwan dan Nabila mengunjung­i Surfers Paradise untuk menikmati keindahan pantai dan membeli-belah.

Seterusnya mereka ke pelabuhan Sanctuary Cove untuk menyaksika­n Chef Kamarul menyediaka­n ikan Salmon panggang.

Dalam perjalanan ke Lemington menaiki karavan, pasangan ini sempat singgah di Logan Holmes untuk membuat aktiviti lasak dan menghirup kopi enak di Green Lane Coffee.

Saksikan bagaimana mereka mencari bahan mentah di pasar Nimbin dan membawa bahan itu ke Byron Bay yang terletak di tepi laut untuk menyediaka­n pasta.

Selesai makan, Nabila dan suaminya melawat rumah api yang dibina pada 1901 di kawasan berkenaan diikuti menyaksika­n matahari terbenam.

Dalam episod berikutnya, Nabila menyediaka­n lauk ikan siakap masak berlada dan mereka memilih Discovery Caravan Park sebagai lokasi persinggah­an seterusnya.

Menariknya, kawasan karavan ini dilengkapi taman tema air untuk pengunjung­nya bersuka ria.

Antara lokasi lain dikunjungi Nabila dan

Izwan sepanjang program ini adalah Coffs Harbour, Marine Magic, Port Macquarie taman Jacaranda dan bandar Linsmore.

Juadah yang disediakan pasangan berkenaan seperti ayam bakar, Lempeng Pisang dan Coklat, sup cendawan dan pasta kabonara.

Mereka mengakhiri pengembara­n di pantai Bondi Beach selepas singgah di bandar Sydney untuk menikmati makanan laut kerang, udang galah dan ketam.

Pembaca yang terlepas menonton Selera Romantis di televisyen boleh menontonny­a semula di laman web myklik. rtm.gov.my atau menerusi aplikasi RTM Mobile.

 ??  ?? ANTARA lokasi menarik yang dilawat Nabila dan Izwan di Australia
ANTARA lokasi menarik yang dilawat Nabila dan Izwan di Australia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia