Harian Metro

Badan penuh

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Thanuja teruja bawa watak atlet negara dalam drama Anak Merdeka

Teruja melakonkan watak atlet negara dalam drama bersiri pendek, Anak Merdeka, pelakon dan pengacara Thanuja Ananthan, 32, tidak kisah walaupun luka teruk ketika penggambar­an.

Dia yang juga lahir pada 31 Ogos bagaikan tidak percaya apabila diberi peluang menjayakan drama berat bertemakan kemerdekaa­n itu.

Mungkin kebetulan lahir pada Hari Kemerdekaa­n dan diberikan watak atlet negara memberikan cabaran baru buat Thanuja sebagai pelakon.

“Apabila ditawarkan membintang­i siri ini, saya terkejut dan gementar kerana bukanlah datang daripada bidang lakonan.

“Ini drama siri pertama saya selepas filem pertama berjudul Temuan Takdir ditayangka­n tahun lalu.

“Pengalaman pernah menjadi olahragawa­ti di sekolah menengah banyak membantu saya ketika penggambar­an,” katanya.

Thanuja berkata, watak itu sangat mencabar apatah lagi dia banyak mengalami kecederaan dan ada kesan parut luka di tubuh.

“Sangat mencabar kerana saya perlu bangun seawal jam 5 pagi untuk membuat latihan bersama pengajar terlatih.

“Badan saya penuh parut, tetapi ia sama sekali tidak buat saya serik sebaliknya sangat gembira kerana dapat berlakon dengan ramai pelakon hebat. Mereka banyak membantu saya di lokasi,” katanya.

Anak Merdeka akan disiarkan di saluran Astro Prima, Astro Xi Yue HD dan Astro Vaanavil bermula 26 hingga 31 Ogos ini.

Siri pendek enam episod itu turut dibintangi Remy Ishak, Elvis Chin, Tiz Zaqyah dan ramai lagi.

Thanuja berkata, walaupun sibuk mengacara, dia tidak menolak jika ditawarkan berlakon pada masa akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? Saya perlu bangun seawal jam 5 pagi untuk membuat latihan bersama pengajar terlatih
Saya perlu bangun seawal jam 5 pagi untuk membuat latihan bersama pengajar terlatih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia