Harian Metro

Difitnah sahabat baik

-

Hubungan bermasalah tapi masih berharap persahabat­an pulih

berkenaan nilai sebuah persahabat­an.

Menerusi perkongsia­n ini, saya mendapati anda berusaha untuk memperbaik­i konflik yang wujud.

Meskipun anda difitnah, anda masih ingin menyelesai­kannya secara harmoni. Sikap ini yang patut dicontohi dan tahniah saya ucapkan.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan dalam usaha memberi kemaafan dan melupakan kesilapan yang pernah dilakukan secara beransur-ansur.

1. Berlatih memaafkan kesilapan yang dilakukan

Mencari dan meneliti semua hal yang pernah berlaku antara anda dan rakan anda itu.

Ingat segala memori yang pernah hadir antara anda berdua dan memberi fokus kepada kebaikan pernah dilakukan.

Dalam ketika marah maka manusia tidak mampu melihat kebaikan yang pernah dilakukan.

Meskipun kesilapan itu juga agak besar, namun kebaikan itu mengurangk­an rasa marah anda pada dirinya.

2. Memberi masa untuk diri anda bertenang dan memahami situasi yang berlaku

Perkara penting dalam memahami perasaan sendiri ialah memperuntu­kkan masa yang sesuai untuk diri sendiri.

Ia dipanggil juga sebagai tempoh bertenang dan muhasabah.

Dalam tempoh ini, anda boleh meneroka perasaan diri dan bertenang tanpa perlu bertindak apa-apa.

Jika tindakan dilakukan ketika marah atau kecewa maka sudah pasti kesannya lebih teruk.

Hal ini disebabkan jiwa yang tidak tenang dan berkecamuk. Maka tempoh bertenang itu sangat penting bagi memastikan anda benar-benar memahami situasi yang berlaku.

3. Fahami tidak ada orang yang sempurna

Melakukan kesilapan itu adalah sesuatu perkara yang sering kali berlaku.

Masalah besar atau kecil itu bukanlah isunya tetapi sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Oleh itu, anda perlu menerima hakikat tiada seorang pun yang sempurna dan tidak melakukan kesilapan.

Dengan fahaman ini, anda mempunyai kekuatan untuk memaafkan dirinya secara ikhlas dan tulus. Setelah itu, anda boleh memulakan semula hubungan dengan menegur beliau jika berpeluang.

Usah risau atau raguragu dengan tindakan anda kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui dan tindakan yang baik, pasti akan baik akhirnya.

5.Jangan khuatir untuk membina semula hubungan

Anda boleh memulakan semula hubungan persahabat­an dengannya meskipun responsnya dingin.

Tindakan anda itu akan dinilai dan dipelajari beliau kerana menunjukka­n sifat yang terpuji.

Secara tidak langsung, saya cukup yakin dia mempelajar­i sesuatu daripada anda.

Serahkan semua ini kepada Allah SWT dan yakinlah bahawa urusan ini akan dipermudah­kanNya.

6.Belajarlah untuk memperhati­kan dan berhati-hati

Ambil iktibar berkenaan apa yang berlaku kerana anda lebih mengetahui dan memahami situasi yang wujud.

Belajar daripada peritiwa ini dan lebih berhatihat­i dalam persahabat­an.

Bunyinya agak berat, namun jika diambil sebagai pengajaran maka anda akan bersyukur atas pengalaman ini.

Lupakan apa yang berlaku kerana anda berada di tempat yang benar.

Kesilapan itu adalah daripadany­a dan anda menjadi mangsa keadaan.

7.Bersemuka dan berterus terang

Berterus terang adalah kaedah terbaik dan paling berkesan jika dilakukan dalam suasana yang terancang dan harmoni.

Jika anda sudah bersedia bersemuka dan menyelesai­kan masalah ini maka cari masa dan tempat yang sesuai untuk anda keluar bersamanya untuk berbincang mengenai konflik yang wujud.

Jika anda tidak yakin lagi untuk berterus terang, kenal pasti rakan lain yang boleh menjadi orang tengah dalam menyampaik­an sesuatu kepadanya bagi pihak diri anda.

Pastikan rakan yang dipilih ini adalah yang boleh dipercayai dan tidak bias pada mana-mana pihak.

8.Berdoa kepada Allah SWT

Berdoalah kepada Allah supaya anda diberikan kemudahan dalam menghadapi konflik persahabat­an.

Percayalah setiap ujian Allah itu adalah untuk melatih diri seseorang agar lebih tabah dan sabar.

Selain itu, ia juga membantu anda mempelajar­i akan sesuatu perkara dalam kehidupan ini dengan lebih baik.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia