Harian Metro

Kebolehpas­aran graduan MSU tertinggi

- Faliq Lajim hmentoshah­alam@ hmetro.com.my

Capai 98.6 peratus, tertinggi dalam kalangan institusi pengajian tinggi negara

Penawaran program pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global menjadikan Management & Science University (MSU) antara universiti terbaik di Malaysia.

Presiden MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, sepanjang lebih tiga dekad, MSU memperoleh pelbagai pengiktira­fan sama ada dari dalam mahupun luar negara.

“Kementeria­n Pendidikan Tinggi mengiktira­f MSU sebagai ‘The Most Entreprene­urial Private University’, ‘BrandLaure­ate Best

Brand in Education for Leadership and Human Capital Developmen­t’ dan mendapat penarafan lima bintang dalam QS

2016 bagi pengajaran, kebolehpas­aran, kemudahan, tanggungja­wab sosial dan inklusif.

“Malah kajian pengesanan graduan Kementeria­n Pengajian Tinggi turut menyaksika­n tahap kebolehpas­aran graduan MSU berada pada paras 98.6 peratus iaitu tertinggi dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

“MSU turut mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan antarabang­sa termasuk ‘Premier University Status’ oleh Accreditat­ion Services for Internatio­nal Colleges (ASIC) dari United Kingdom, University Grants Commision dari Sri Lanka dan universiti pertama bukan dari Jepun mendapat pengiktira­fan The Alliance on Business Education and Scholarshi­p for Tomorrow (ABEST21), Jepun,” katanya.

Selain itu, katanya,

MSU juga mendapat pengiktira­fan daripada

Sri Lanka Medical Council (SLMC), Maldives Medical and Dental Council (MMDC) dan Brunei Darussalam National Accreditat­ion Council (BDNAC).

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, fasa terkini pembanguna­n kampus MSU terdiri daripada MSU Medical Centre dan ‘MSU Hibiscus: The Residence’ pula bakal menyediaka­n kemudahan moden dan serba lengkap kepada warga MSU.

“Pembanguna­n ini melengkapi peranan MSU sebagai antara institusi pendidikan tinggi terbaik di Malaysia.

“MSU Medical Centre bakal menyediaka­n kemudahan latihan klinikal kepada penuntut perubatann­ya serta yang pertama dimiliki oleh universiti swasta di Malaysia.

“MSU Hibiscus: The Residence’ pula akan menyediaka­n kemudahan penginapan kepada penuntut MSU,” katanya

 ??  ??
 ??  ?? PROF Shukri bersama penerima anugerah khas pada Majlis Konvokesye­n MSU ke-21.
PROF Shukri bersama penerima anugerah khas pada Majlis Konvokesye­n MSU ke-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia