Harian Metro

Peluang kedua di msu

-

“Pernah sekali saya hampir putus asa selama satu tahun kerana gagal menamatkan pengajian dalam bidang ijazah perubatan di sebuah Univesiti terkemuka di United Kingdom,” kata penerima Anugerah Presiden, Wan Farah

Wan Ibrahim, 29, pada Majlis Konvokesye­n ke-21 Management & Science University (MSU) di Shah Alam , baru-baru ini.

Namun, dia kembali bangkit bertekad menamatkan pengajiann­ya di MSU selepas mendapatka­n kekuatan dan berazam untuk bangkit kembali bagi mengenggam segulung Ijazah.

“Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Apabila pulang ke Malaysia semua bertanyaka­n pada saya mana Ijazah Perubatan saya yang boleh melayakkan saya mendapat gelaran doktor.

“Waktu itu saya langsung tidak keluar rumah dan hanya menghabisk­an masa sendirian di rumah kerana terlalu malu untuk berhadapan dengan orang ramai,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00 dalam

Sarjana (Kepujian) Sains Bioperubat­an.

Dia yang sudah mendirikan rumah tangga ketika melanjutka­n pelajaran di MSU berkata azam yang kuat antara faktor dia berjaya menamatkan pelajarann­ya.

“Walaupun sudah mendirikan rumah tangga ia bukan alasan untuk tidak menghabisk­an pelajaran.

“Jika ikutkan umur, saya agak lambat berbanding mereka yang lain. Namun, tidak semestinya kita tak boleh berjaya seperti mereka yang lain.

“Saya sangat bersyukur mempunyai ahli keluarga serta suami yang memahami ketika melanjutka­n pelajaran,” kata ibu kepada seorang anak yang berusia satu tahun tiga bulan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, tiada apa yang mustahil jika kita mempunyai matlamat walaupun ia terlambat.

 ??  ?? WAN Farah bersama suami dan anak.
WAN Farah bersama suami dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia