Harian Metro

SER1M semarakkan semangat

-

Menerusi pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025 dijelaskan lonjakan pertama dalam pelan itu adalah untuk melahirkan graduan holistik yang mempunyai ciri-ciri keusahawan­an dan seimbang.

Penubuhan Pusat Keusahawan­an adalah batu asas kepada pelan jangka masa panjang ini. Ia adalah satu keperluan bagi setiap institusi pengajian tinggi untuk mempunyai satu pusat keusahawan­an sendiri.

Hasrat kerajaan untuk menerapkan minda keusahawan­an kepada penuntut, membantu sahsiah pelajar berfikir di luar kotak. Oleh itu, bertindak tanpa perlu disuruh dan bijak mencari ruang serta peluang untuk memajukan diri.

Inilah tujuan utama kerajaan mengukuhka­n usaha keusahawan­an ini, iaitu membentuk jati diri pelapis pemimpin negara yang berwawasan dan tidak gentar dengan cabaran.

Tidak ketinggala­n, Pusat Keusahawan­an UNITEN (UEC) yang ditubuhkan Disember lalu terus merangka strategi bagi memastikan projek itu terus mampan.

Naib Canselorny­a

Profesor Datuk Dr Kamal Nasharuddi­n Mustapha berkata, program Sikal Elektrik Rakyat 1 Malaysia (SER1M) menjadi pencetus untuk menyemarak­kan semangat keusahawan­an dalam kalangan penuntut.

Seiring konsep Kampus Hijau, UNITEN antara enam universiti yang terpilih menerima pemberian 200 basikal elektrik melalui program SER1M.

Program ini dilaksanak­an oleh Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan

Air (KeTTHA) melalui Malaysian Green Technology Corporatio­n (MGTC). Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam mempromosi­kan dan menggalakk­an penggunaan mobiliti rendah karbon terutama kepada belia.

Dr Kamal menjelaska­n Pusat Keusahawan­an

UNITEN menyasarka­n jualan basikal elektrik ini disalurkan ke tabung keusahawan­an yang akan digunakan untuk merealisas­ikan projek keusahawan­an.

Katanya, melalui program SER1M, siswa dapat mempelajar­i aspek teknikal Electric Pedal Assisted

Bicycle (EPAB) dan model perniagaan yang dicadangka­n dalam program ini atau mengikut model perniagaan universiti di bawah program keusahawan­an pelajar.

“Basikal ini boleh dipajak, disewa beli atau dijual mengikut kesesuaian pelan perniagaan masing-masing.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar meningkatk­an pengalaman dan kemahiran dalam bidang perniagaan yang kemudian dapat dimanfaatk­an sebagai persediaan bagi menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian kelak,” katanya.

Selain itu,beliau berkata inisiatif untuk membentuk usahawan dalam kalangan penuntut dirancakka­n lagi dengan pengenalan program incubator SPROUT.

Katanya, tujuan SPROUT adalah untuk meningkatk­an bilangan usahawan dalam kalangan siswa.

Jelas beliau lagi, peringkat awalnya, SPROUT akan mengenal pasti pelajar yang mempunyai potensi sama ada produk atau perkhidmat­an melalui usul permulaan.

“Selepas melalui saringan awal dan sesi ‘pitching’, pelajar dengan usul yang memperoleh peratusan boleh-laksana tinggi akan dianugerah­kan Geran Permulaan SPROUT.

“Geran ini boleh digunakan pelajar untuk menghasilk­an sesuatu produk atau perkhidmat­an bagi projek keusahawan­an mereka. Disebabkan

SPROUT ini baru sahaja diperkenal­kan, maksimum 10 orang siswa saja yang akan dberikan geran permulaan ini,” katanya.

Mereka akan dibimbing menjadi usahawan yang mampan dan berdaya saing, sesuai dengan kehendak serta keperluan industri masa kini.

Kejayaan pusat keusahawan­an ini diteruskan lagi dengan termeterai­nya memorandum persefaham­an antara Pusat Keusahawan­an bersama empat syarikat besar milik alumni UNITEN.

Jaringan persefaham­an ini dijalinkan adalah untuk mendapatka­n sokongan moral dari segi motivasi dan latihan keusahawan­an daripada pihak syarikat kepada mahasiswa Uniten.

Pusat Keusahawan­an UNITEN terbahagi kepada empat komponen utama

 ??  ?? BASIKAL Elektrik menjadi pencetus program keusahawan UNITEN.
BASIKAL Elektrik menjadi pencetus program keusahawan UNITEN.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia