Harian Metro

Platform menonjol dalam sukan

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Karnival kejohanan VOKTEK kali ini turut babitkan atlet SUKMA

Karnival Kejohanan Vokasional Teknik (VOKTEK) Kebangsaan kali ke-20 melabuhkan tirai penganjura­nnya baru-baru ini dalam satu majlis penutup di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

Majlis yang berlangsun­g pada jam 8 malam itu turut menyaksika­n perlawanan akhir bola sepak antara kontinjen Sabah dan Johor yang dimenangi kontinjen Sabah melalui tendangan penalti 4-3.

Menariknya, perlawanan akhir bola sepak itu diadili pelajar Kolej Vokasional Taiping yang mempunyai kelayakan kelas satu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dua pengadil lain yang turut mengadili perlawanan bola sepak karnival tahun ini adalah pelajar dari Kolej Vokasional Bentong dengan kelayakan kelas tiga FAM.

Majlis penutup dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Operasi Pendidikan Datuk Ahmad Tajudin Jab selain turut dihadiri Pengarah Bahagian Pendidikan dan Teknik Vokasional Zainuren Mohd Nor serta Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perak Rosli Ahmad.

Zainuren berkata, penganjura­n karnival sukan seumpama itu membuka peluang dan platform kepada pelajar Kolej Vokasional Teknik untuk menonjol dalam bidang sukan.

“Terdapat dua pelajar VOKTEK yang juga atlet negara dan mewakili Malaysia dalam kejohanan ragbi bawah 20 tahun Asia di Hong Kong pada 4 hingga 5 Ogos lalu.

“Pelajar berkenaan adalah dari Kolej Vokasional Arau dan Kolej Vokasional Wakaf Tembesu. Selain itu, beberapa pemain kolej vokasional kampus Arau, Wakaf Tembesu, Batu Pahat, Shah Alam dan Rompin dipilih untuk pasukan negara bawah 19 tahun.

“Kejayaan ini diharap memberi inspirasi dan contoh terbaik kepada pelajar lain untuk terus berjaya dalam bidang sukan,” katanya.

Karnival kali ini turut membabitka­n atlet Sukan Malaysia (SUKMA) untuk sepak takraw iaitu pelajar dari Kolej Vokasional Jasin.

Atlet terbaik diumumkan Nurul Afifah Abdul Wahab dan Muhamad Rafiee Jimmy yang keduaduany­a dari acara sukan bola tampar.

Seramai 1,620 atlet dari 10 zon membabitka­n diri dalam karnival yang memperliha­tkan zon Perak sebagai tuan rumah tahun ini.

Sebanyak enam jenis sukan iaitu bola sepak (lelaki), bola tampar (lelaki dan perempuan), bola jaring (perempuan), ragbi (lelaki), sofbol (perempuan) dan sepak takraw (lelaki) dipertandi­ngkan dengan tujuh pingat kejuaraan kali ini.

Berbeza daripada tahun sebelumnya, acara sukan ragbi memberi peluang kepada setiap zon untuk menghantar dua pasukan.

 ??  ?? SERAMAI 1,620 atlet dari 10 zon membabitka­n diri dalam kejohanan kali ini.
SERAMAI 1,620 atlet dari 10 zon membabitka­n diri dalam kejohanan kali ini.
 ??  ?? TETAMU kehormat hadir merasmikan dan menyampaik­an pingat kepada
pemenang.
TETAMU kehormat hadir merasmikan dan menyampaik­an pingat kepada pemenang.
 ??  ?? KONTINJEN Sabah diumumkan juara bagi perlawanan bola sepak akhir.
KONTINJEN Sabah diumumkan juara bagi perlawanan bola sepak akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia