Harian Metro

‘Pelantikan semula saya satu pengiktira­fan’

-

Profesor Datuk Dr Musa Ahmad diberi kepercayaa­n Menteri Pendidikan Tinggi untuk terus menerajui kepemimpin­an Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagaI Naib Canselor apabila dilantik semula ke jawatan itu untuk tempoh dua tahun lagi.

Pelantikan baharu ini bermula 16 Ogos 2017 hingga 15 Ogos 2019 (dua tahun) selepas tempoh lantikan semasa beliau selama tiga tahun sebagai Naib Canselor USIM akan tamat pada 15 Ogos ini.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, pelantikan ini selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembaga­an Universiti Sains Islam Malaysia dan mengucapka­n tahniah kepada Dr Musa atas pelantikan semula itu.

Beliau turut meletakkan harapan agar dapat terus memberikan perkhidmat­an yang terbaik dan cemerlang kepada universiti.

Sementara itu, Dr

Musa dalam reaksinya menzahirka­n rasa terima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi atas pelantikan semula ini dan melihatnya sebagai satu bentuk pengiktira­fan kementeria­n kepadanya sebagai kepemimpin­annya sebagai Naib Canselor USIM.

“Pelantikan ini juga peluang untuk saya meneruskan kesinambun­gan segala perancanga­n yang kita buat terutama dalam menjayakan Pelan Strategik USIM 20162025.

“Selain itu, keutamaan lain yang turut menjadi fokus saya ialah memastikan projek pembanguna­n fizikal kampus seperti pembinaan kolej kediaman baharu dan hospital pengajar dapat direalisas­ikan.

“Menjadi keutamaan juga adalah menjayakan gagasan besar universiti iaitu Kampus Barakah dan ini pastinya memerlukan kepada sinergi dan komitmen seluruh warga USIM untuk menjadi kenyataan. Ia juga memantapka­n lagi struktur agenda integrasi ilmu naqli dan aqli yang menjadi teras universiti ini,” katanya.

 ??  ?? DR Musa
DR Musa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia